Jelas Ahli PArlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, ini kerana pemilihan semula ini pada dasarnya adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh DAP sebelum ini namun sayangnya ianya kelihatan semakin berbelit dan tidak sempurna.
Ini kerana kata beliau lagi pemilihan semula ini dilihat seperti melepas batuk ditangga sehinggakan ada ahli DAP yang menfailkan injuksi agar pemilihan ini dapat ditangguhkan.
“Manakan tidak, difahamkan DAP tidak boleh boleh mengadakan pemilihan semula ini dalam Kongres Khas seperti yang dimaklumkan sebelum ini kerana ianya tidak mengikut apa yang termaktub di dalam perlembagaan parti mereka.
“Sekiranya DAP masih gagal mengikut perlembagaan dan pemilihan ini tetap berlangsung dengan cara yang tidak betul maka sekali lagi pemilihan ini akan dipersoalkan. DAP sering melaung-laungkan kononnya mereka telus dan mematuhi undang-undang tetapi jelas apa yang mereka lakukan ini adalah sebaliknya.
“Pemilihan semula ini dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa sekadar untuk mengelakkan daripada parti mereka diharamkan. Setelah pelbagai cara dilakukan bagi mengelak daripada pemilihan semula diadakan akhirnya DAP terpaksa akur tetapi ianya caca marba,” katanya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, walaupun DAP masih terus enggan mengaku bahawa mereka bersalah di dalam pemilihan CEC sebelum ini dan mengatakan pemilihan semula ini hanyalah sekadar untuk mengelakkan daripada pendaftaran DAP dibatalkan tetapi fakta sebenarnya adalah mereka memang telah melakukan kesalahan.
Terbukti secara tidak langsung tegasnya memang terdapat penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan awal CEC dan kerana itulah mahu tidak mahu atas desakan ahli mereka sendiri DAP harus mengadakan pemilihan semula.
“Kita telah dapat melihat bagaimana ahli DAP sendiri tidak mempercayai pemimpin DAP sedia ada. Perancangan pemilihan semula CEC juga gagal menyakinkan ahli mereka bahawa ianya akan berlangsung di dalam keadaan yang telus dan jujur sehinggakan ada yang menfailkan injuksi.
“Jelas ini membuktikan bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. Mereka hanya pandai putar belit dan tidak akan mengaku salah walau pada hakikatnya mereka bersalah. Pemimpin seperti ini tidak layak untuk disanjung apatahlagi diletakkan harapan untuk menjadi pemimpin.
“Baru mentadbir sebuah parti dan proses pengundian yang tidak mencecah jumlah tiga ribu orang mereka telah gagal. Bagaimana kelak sekiranya mereka berkuasa penuh mentadbir negara ini. Sudah pasti akan berlaku banyak salahguna kuasa dan ketidakjujuran.
“Jari yang mereka tuding selama ini kepada UMNO dan BN sebenarnya mencerminkan diri mereka sendiri… Mereka ini ibarat menepuk air di dalam dulang, terkena muka sendiri,” jelasnya lagi. - MediaUMNO
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!