Tahniah buat sahabat saya dari Kelantan, Dr Ariff Hakimi Haji Zulkifli diatas 'Endorsement' oleh Ketua Pemuda Negeri kerana diberi kepercayaan dan persetujuan untuk bertanding bagi menggalas jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Sekali lagi tahniah saya ucapkan kerana Saudara Ariff baru sahaja selesai melangsungkan majlis pertunangannya dengan 'gewe' pilihan.
"SORRY DOC, KAWE TAK DAPAT HADIR!! JUST DAPAT UCAP TAHNIAH JER!!"
Selain itu juga, dia adalah seorang yang sangat aktif dan proaktif kerana amalkan prinsip 'pemimpin turun padang', Doc Ariff sering meluangkan masa bersama golongan mahasiswa bukan semata-mata kerana dia adalah Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), tetapi juga adalah kerana dia adalah individu 'feveret' orang muda atas sikap sporting dan terbuka. Kalau ikutkan, panjang lagi jari ni nak menaip kerana seronok menceritakan kejayaan sahabat. InsyaAllah, saya doakan semoga Saudara Ariff Hakimi Haji Zulkifli diberi peluang oleh perwakilan supaya dia dapat menggalas jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Amin
TUKAR KELATE:
" Sebelum ini beberapa sahabat penulis melontarkan persoalan siapakah yang bakal diketengahkan oleh barisan Pemuda UMNO Negeri Kelantan sebagai calon exco pergerakkan pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan Agung UMNO 2013 nanti.
Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila penulis dimaklumkan bahawa Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian.
Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).
Tinggal tiga hari sebelum menjelang hari pencalonan, penulis melihat semakin ramai ahli pemuda yang tampil menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang lebih terbuka berbanding pembangkang.
Berikut penulis sertakan sedikit profil Ariff Hakimi :
Nampaknya ahli akar umbi pemuda mempunyai banyak pilihan, kerana penulis dimaklumkan setakat ini lebih 60 borang telah diambil oleh individu-invidu yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO 25 September ini. "
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!