MY PORTFOLIO

Friday, September 6, 2013

#PemilihanUMNO: KENAPA KITA WAJIB BERTINDAK SEGERA UNTUK #MeremajakanUMNO? #TF4MT #OneBro4NKP #Nafiq4Exco

Apa yang dapat diulaskan daripada berita akhbar dibawah ialah, UMNO memang WAJIB bariskan kepimpinan pemuda dalam saf  Majlis Tertinggi kerana ianya dapat memberi aura baru dan juga dapat  MEREMAJAKAN UMNO. Macam yang kita lihat sebelum ni, UMNO ni dibarisi oleh 'otai' sahaja, sebab tu pemikiran dan ideologi kurang berkembang dan hanya berfikir dalam satu kotak sahaja. Harap dengan transformasi yang tuan Presiden, DS Najib Razak perkenankan, dapat menjadikan UMNO lebih terbuka dan ''up-to-date". Jangan pandang sebelah mata, dan jangan buat-buat tak nampak terus. Transformasi tetap Transformasi.

KENAPA PERLU MEREMAJAKAN UMNO?

Pesanan buat UMNO:-

UMNO perlu diremajakan!! Ianya sangat sinonim dengan 'kelahiran kedua';- Insan yang baru lahir tanpa dosa, 'bersih' TAPI penuh ilmu didada. Dengan ini, UMNO dapat membentuk platform baru dalam strategi dan modus operandi sama ada dari segi kepimpinan, kestabilan dan kekuatan dalam saf kepimpinan. Tambahan, sekarang merupakan era baru, era transformasi. Berkempen pun sudah tak perlu letihkan kaki berjalan, hanya guna hujung jari untuk 'berceramah'. Jika UMNO gagal untuk diremajakan, aku jamin. 'Kita' akan berada disini sampai bila-bila. Biar mata kita melihat, mulut kita berbicara menempelak Pakatan yang sedang tersenyum bergerak mengatur strategi moden.

INI IALAH CALON FAVOURITE AKU!!

"UMNO perlu disuntik darah muda bagi meremaja dan menjenamakannya semula. Dengan kemasukan pemimpin muda ini ke MT - plafform pembuat dasar UMNO - semestinya harapan disandar cukup tinggi untuk mencerna imej UMNO yang lebih positif dan menyerlah," - SUMBER
~ADIOS~

4 pemimpin Pemuda tanding MT
Keempat-empat pemimpin Pemuda UMNO yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti Oktober ini yakin mampu memberi sumbangan berguna khususnya dalam membawa hasrat orang muda sekiranya terpilih. 
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerima dengan hati terbuka pencalonannya untuk bertanding jawatan itu dan menyifatkannya sebagai proses meremajakan UMNO. 
"Proses ini sering dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan MT iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Reezal yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz. 
Sementara itu, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan pencalonan tersebut sebagai amanah yang perlu dipikul oleh semua calon.
"Pencalonan ini juga dilihat sebagai proses transformasi UMNO khususnya dalam membawa suara orang muda di peringkat MT. 
"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin jika dipilih nanti," ujarnya.
Sohaimi pula menegaskan, pencalonan tersebut perlu dilihat sebagai satu lembaran baharu kepada pemimpin muda untuk membawa suara orang muda dengan lebih berkesan. 
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda dan barisan Exco yang memberi sokongan penuh kepada kami untuk bertanding jawatan MT.
"Saya yakin dengan kombinasi pemimpin senior dan muka baharu bakal memberi perspektif segar dalam mesyuarat MT nanti jika dipilih,"jelasnya. 
Bagi Tun Faisal pula, peluang tersebut dilihat sebagai satu kaedah untuk meremajakan UMNO mengikut kehendak generasi muda. 
"Sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada golongan muda menyertai MT dan seterusnya mampu memberi kelainan dalam parti. 
"Saya berjanji akan menggunakan pengalaman dan ilmu khususnya di dalam media baru untuk bersama-sama memperjuangkan suara golongan muda," katanya. 
UTUSAN

#TF4MT!!!!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!