MY PORTFOLIO

Thursday, October 3, 2013

DARI PARLIMEN: AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PCA) LULUS!! #SidangDewanRakyat2013


Sejak mengalami proses pindaan sejak awal minggu lalu, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengembalikan penahanan tanpa bicara selama dua tahun diluluskan Dewan Rakyat selepas tamat bersidang jam 1 pagi. 

RINGKASAN KRONOLOGI SEPANJANG PERBAHASAN:
  • Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi ini turut menyaksikan beberapa Fasal yang di bawa oleh ahli Parlimen pembangkang ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
  • Pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) membantah pindaan akta berkenaan atas alasan ianya menyalahi hak asasi manusia.
  • Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan berkenaan atas faktor keselamatan umum ekoran peningkatan kes jenayah bunuh dan kongsi gelap
  • Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam telah bersidang sehingga jam 1 pagi tadi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.
  • Cubaan ahli Parlimen PR untuk menghentikan bacaan kali kedua rang undang-undang pencegahan jenayah itu melalui usul belah bahagi - GAGAL kerana majoriti ahli Parlimen MENYOKONG pindaan berkenaan.
  • Rang undang-undang berkenaan kemudiannya di bawa ke peringkat Jawatankuasa dan dibahaskan.
  • Selain pemimpin politik, anggota badan pertubuhan bukan kerajaan dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut membantah pindaan akta berkenaan.
  • Kumpulan berkenaan turut mengadakan demonstrasi di perkarangan Parlimen minggu lalu dan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Antara yang dilihat turut hadir sebelum proses pengundian bermula termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
RUJUKAN: Yahoo! News

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!