MY PORTFOLIO

Tuesday, October 8, 2013

#PemilihanUMNO: MP LENGGONG ADA POTENSI BESAR UNTUK TERAJUI DASAR EKONOMI NEGARA. #ShamsulAnuar4MT



Saya bukan nak kempen, tetapi hanya mahu menulis tentang calon-calon yang sudah di 'monitor' sejak sebelum PRU-13 lagi. Dato' Shamsul Anuar Nasarah, Ahli (P55) Parlimen Lenggong dan juga merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Seperti yang semua tahu, sebelum ini begitu banyak 'Peminjam Ingkar' dikesan. Tetapi daripada apa yang saya nampak, sejak Pengerusi PTPTN diambil alih oleh Dato' Shamsul, Kuantiti peminjam yang liat mahu membayar balik telah berkurang secara mendadak!.

Ini adalah bukti kebijaksanaan yang dimilikinya. Kebijaksanaan merupakan ciri-ciri utama yang patut ada pada pemimpin terutamanya pemimpin yang tergolong dalam Negara majmuk seperti Malaysia ini.

Dengan itu, secara tak langsung ianya menyumbang kepada kestabilan negara dalam semua aspek.


Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sejak 1 Oktober 2012 hingga tarikh akhir insentif itu Isnin lalu, seramai 4,469 daripada 79,134 peminjam yang melangsaikan hutang mereka, terdiri daripada mereka yang disenarai hitam.  
“PTPTN menerima pembayaran balik sebanyak RM758.20 juta daripada 79,134 peminjam dan setelah ditolak diskaun 20 peratus, jumlah keseluruhan bayaran pinjaman yang diterima adalah RM606.56 juta,” katanya, di sini, semalam.  
Atasi hutang tertunggak 
Beliau berkata, pemberian insentif diskaun 20 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Belanjawan 2013, membantu mengatasi masalah hutang tertunggak peminjam PTPTN.
“Pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sangat penting kerana ia memastikan kelestarian PTPTN dan menjamin pembiayaan kepada generasi akan datang sebagaimana kemudahan yang diperoleh peminjam PTPTN ketika ini,” katanya. 
Shamsul Anuar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman PTPTN semakin meningkat dengan RM553 juta berjaya dipungut pada 2009, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 pada tahun lalu. 
Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos lalu hanya RM4.48 bilion atau 48.04 peratus daripada bayaran balik sebenar yang sepatutnya diterima, iaitu sebanyak RM9.33 bilion.  
 BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!