MY PORTFOLIO

Wednesday, November 13, 2013

BUKTI RAKAN PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK LARI TAK CUKUP TANAH!!!


Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Saleh telah ditutup.


Joemar, pemilik 2 akaun bank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini pihak institusi kewangan mash membisu, belum lagi menjelaskan prosedur dipraktikkan sehingga pemegang MyKad palsu berpeluang membuka akaun bank.

Saya menulis mengenai penjenayah kini diburu polis itu pada 31 Oktober lalu, klik di sini dan banyak gambarnya saya dedahkan sebelum dipaparkan di media cetak dan elektronik, tengok di sini.


Ringkasnya, untuk menutup akaun facebook, Joemar memerlukan kemudahan internet samada diperolehi dari rumah kenalannya atau kafe siber. Mengapakah dia bertindak menutup akaun terbabit? Penjenayah beasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook. Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.

Joemar kecut telur.

Kemaskini status terakhir bekas pengawal keselamatan HARAM itu dibuat pada 23 Oktober, hari kejadian Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun, menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, Selangor.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina tempoh hari, klik di sini. Loade diberkas di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari cuba memboloskan diri ke negara asal.

Bayangkan, Loade kini meringkuk di lokap, Joemar pula bak cacing kepanasan diburu oleh pihak berkuasa dan dipercayai masih berada di Malaysia.


Saya percaya selain pihak polis, orang awam juga tidak keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat kelibat bajingan ini.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!