MY PORTFOLIO

Sunday, November 17, 2013

[FOTO]: DATUK @azeezputera CEDERA SEWAKTU MISI KEMANUSIAAN DI FILIPINA!!















Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus. Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. Kita doakan Datuk Azeez bersama kesemua sukarelawan KP1M yang bertugas di sana selamat pulang ke tanahair.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!