MY PORTFOLIO

Thursday, November 21, 2013

ISU BANGLA: BILA DAH KALAH, YANG BELAJAR TINGGI LANGIT PUN PERCAYA BENDA TAK MASUK AKAL!!

Kerajaan Bangladesh sekali lagi menafikan pembabitan lebih 40,000 warganya dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

AYOYO! SAYA OLANG BANGLA, MANA BOLEH UNDI DI MALAYSIA PUNYA NEGALA JUGAAA.. ITU ANWAR KINCING PUNYA KAKI!!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

Najib berkata, jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu. 

"Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya kepada pemberita Malaysia pada akhir lawatannya hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Sheikh Hasina sendiri menganggap tuduhan pembangkang di Malaysia itu sebagai amat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali.

''Memang kita tidak ada memberikan 40,000 kewarganegaraan kepada orang Bangladesh dan Sheikh Hasina menafikan perkara ini berlaku," kata Najib.

Pada sidang akhbar sama, Najib memberitahu, beliau gembira dengan sambutan mesra yang diberikan oleh kerajaan Bangladesh dan Sheikh Hasina menghargai hubungan dua hala yang terjalin selama ini.

Betul juga kenyataan di bawah. Setelah seluruh rakyat Malaysia ditipu bulat-bulat tanpa rasa berdosa dan bersalah oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang semasa PRU13, mereka masih belum meminta maaf di atas penipuan jijik mereka.

You name it. Hampir kesemua pemimpin pembangkang telah menipu berbohong tentang isu ini. Ada juga yang memperlekehkan SPR dan kemenangan BN berdasarkan kepada undi orang Bangladesh. Orang itu ialah Lim Guan Eng DAP.

Orang ini yang juga mengkritik hebat sistem pilihanraya Malaysia mempertikaikan pakatan pembangkang sepatutnya menang kerana mendapat undi popular yang lebih. Padahal, sistem pilihanraya negara berdasarkan kepada 'first past the post' dan anak Kit Siang DAP itu pun tahu tapi berdegil mahu menjadikannya satu isu murahan. 


Tetapi apabila Lim Guan Eng DAP tergolek jatuh ke tangga 5 ditolak perwakilan semasa pemilihan semula CEC DAP dan mendapat undi popular yang berkurangan, beliau dengan tanpa malunya menjawat jawatan tertinggi di dalam parti DAP. Manakala, calon yang mendapat undi popular yang terbanyak hanya sekadar pengerusi biro parti sahaja.

Seriously, di manakah nilai kredibiliti Setiausaha Agung DAP ini? Cakap saja pandai tapi bila kena batang hidung sendiri, beliau tidak pula 'bangkit mempertahankan prinsip' beliau?

Kerana itu juga kita saksikan krisis dalaman DAP di beberapa negeri seperti Kedah, Melaka dan lain-lain. Amat memalukan sekali.

Selain daripada itu, media pro-pembangkang juga memainkan peranan yang sangat jijik dan kotor tentang isu 40,000 'pengundi Bangladesh'. Lihat printscreen di bawah :






Kita saksikan kembali 'pendedahan' Anwar tentang 40,000 pengundi yang tidak masuk akal tetapi dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Dan seperti yang kita semua tahu, finale kepada kenyataan di bawah ialah Anwar terpaksa gigit jari sekali lagi kerana kalah dalam PRU13!

SETERUSNYA UNTUK VIDEO --> SINI

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!