MY PORTFOLIO

Monday, December 23, 2013

#PemilihanMCA: KITA TENGOK APA PRESIDEN BARU BOLEH BUAT

Presiden MCA yang baharu dipilih, Datuk Seri Liow Tiong Lai berjanji untuk mengamalkan inklusif dalam menyatukan semula dan memperkukuhkan parti.

Beliau menggesa ahli dan pemimpin di semua peringkat supaya segera merapatkan barisan dan bekerja bersama-sama sebagai satu keluarga.

"Tidak ada lagi puak Liow atau Chua (bekas presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek).

"Kita semua dalam satu pasukan dan kita adalah pasukan MCA," katanya pada ucapan penggulungan untuk mesyuarat agung tahunan MCA ke-60 MCA di Wisma MCA pada Ahad.

Liow dipilih sebagai Presiden MCA pada Sabtu selepas menewaskan Naib Presiden, Gan Ping Sieu dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Dr Chua tidak bertanding semula.

Liow menggesa ahli dan pemimpin memberi beliau dan pasukannya sedikit masa bagi menyusun semula perkara-perkara di semua peringkat dalam parti untuk satu permulaan yang baru.

Beliau memberi jaminan kepada akar umbi parti yang beliau akan terus turun padang dan melibatkan mereka secara tetap, dan bukan sahaja semasa berkempen untuk pilihan raya parti.

Mesyuarat Agung Tahunan yang berlansung selama dua hari dan berakhir pada Ahad, telah dihadiri oleh 2,352 daripada 2,384 perwakilan pusat parti. - mStar

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!