MY PORTFOLIO

Friday, December 20, 2013

SKANDAL ADI PUTRA: AIDA DICERAI PULAK? MANA SATU BETUL NI?

Ahli perniagaan, Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.

Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama.

“Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat," katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.

Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

"Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, " katanya. - UTUSAN

1 comment:

  1. Saya bersumpah dengan nama Allah betapa kejinya perempuan yang bernama Nooraida tu. Pada dua hari lepas bertempat di ksl resort pada bulan puasa yang penuh baraqah ini tanpa segan silu dia telah berzina denga suami kawan saya. Satu hotel nampak. Kamu boleh tipu semua org lain tapi kamu tak boleh menipu Allah. Hanya kerana ditaburkan wang ringgit oleh pemilik lanun johor yang bernama faizal ridza alwi atau lebih dikenali sebagai kaptenjlanun, mereka sanggup berzina di bulan ramadhan yang mulia ini. Tanpa ada maruah dia memuat naik turun gambar dia memakai baju milik suami orang tersebut didalam bilik hotel. Allah tahu apa kamu buat. Dinding hotel tebal tapi cctv hotel tak menipu memperlihatkan mereka berdua masok ke bilik bermalam disitu. Dari dalam lif lagi cctv menunjukkan kelakuan tak senonoh mereka. Bagaimana seorang perempuan yg bernama ibu boleh tergamak berzina dengan suami orang. Pada bulan ramadhan. Khabarnyer semua bukti ada pada isteri suami orang tersebut. Pihak hotel sendiri mengesahkannya. NAUZUBILLAH

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!