MY PORTFOLIO

Wednesday, January 22, 2014

MELAMPAU!! BODOH!! 11 KP PAHANG JATUHKAN MARUAH UMNO!! @KhairyKj @AzwanBro


Saya amat kesal dengan apa yang dilakukan oleh 11 Ketua Pemuda UMNO di negeri Pahang kerana pada pendapat peribadi saya ianya sangat melampau dan menjatuhkan imej UMNO. Ini adalah sangat memalukan!! 

Walhal, sebelum ini mereka yang melompat kononnya tindakan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf dan Hakim UMNO, Datuk Hafrizan menarik saman terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali adalah 'Tidak Ada Telur'.

Ini baru betul untuk gambarkan perumpamaan "MEMBASUH SELUAR DALAM DIKHALAYAK RAMAI" - Rujuk SINI

Tidak perlu rasanya untuk membuat sidang media dengan mendedahkan kebodohan. Siap hantar memorandum lagi? Pembaca mesti nak tahu kan apa intipatinya?
MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG
Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.
Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:
1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.
2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.
3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian.
4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah.
5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.
Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.
Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.
Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang.
Sekian, Terima Kasih. source

Namun begitu, sudah ada suara maya yang mahukan kesemua daripada 11 KP ini dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar tataetika parti. Saya pun sarankan benda yang sama. Mohon dipertimbangkan. 
SUMBER
Jalan yang mereka ambil sangat memalukan Umno sendiri dan memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik . Aku mahu pihak lembaga disiplin Umno mengambil tindakkan tegas terhadap mereka kerana mereka bukan ahli biasa tetapi Ketua2 Pemuda Bahagian yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab membela Agama , Bangsa dan Tanah air ini bukan membela dan berebut jawatan sama sendiri.
Ketua-Ketua Pemuda Pahang ini juga baru sahaja mememang jawatan sebagai Ketua , jadi jalankan kerja yang boleh memenangkan parti bukan saling menhancurkan sesama kita , banyak tempat di Pahang sudah di takluki pembangkang , jadi bersatu merampas kembali kawasan yang hilang , bukan bersatu berebut satu jawatan .
 
Kita kena menghormati apa yang telah di pilih , baru berapa bulan pegang jawatan selepas pemilihan Umno dah jadi haru biru , sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang baru anda semua harus belajar perang dengan pembangkang bukan belajar perang sama sendiri.
Maaflah cakap walaupun 2 minggu tiada respon dari Yb Khairy namun membuat sidang media secara terbuka adalah satu malapetaka besar buat Umno dan menjatuhkan maruah Umno itu sendiri.

Banyak saluran yang boleh di buat untuk di bincangkan bukan bincang MELALUI MEDIA seperti yang di lakukan oleh 11 KETUA PEMUDA BAHAGIAN PAHANG ini !!!

Aku pasti ada pihak berkepentingan yang menjadi dalang dalam isu mahu menjatuhkan KETUA PEMUDA UMNO PAHANG ini !! BEB ini bukan masanya untuk menjatuhkan orang !!! masa pemilihan dulu tak sibuk pulak nak jatuhkan orang !! huh !!

Aku TEGASKAN sekali lagi UMNO DAN LEMBAGA DISIPLIN UMNO PUSAT harus mengambil tindakkan tegas terhadap mereka , kerana yang mahu mereka jatuhkan adalah KETUA PEMUDA UMNO PAHANG DAN MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO PEKAN KAWASAN PERDANA MENTERI SENDIRI !!!

Adalah ini satu konspirasi mahu menjatuhkan dan memalukan Perdana Menteri sendiri !!! Aku tak ksiah kalau ahli biasa atau rakyat yang membantah tapi ni KORANG semua berjawatan sebagai KETUA PEMUDA BAHAGIAN !!! MEMALUKAN !! HUH !!!

Jika nak tunjuk pandai sekalipun, jangan sampai menyusahkan orang lain. Saya percaya, jika masih berlarutan, negeri Pahang akan menjadi milik pembangkang disebabkan kebangangan Pergerakan Pemuda UMNO negeri mereka sendiri. 

NAK MASYUK $$$$ - SINI

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!