THE PUPPET SHOW BEGIN? |
Pengarah bagi filem yang menjadi lakonan beberapa orang penulis laman blog terkemuka rupanya adalah orang yang berpengaruh juga dan berstatus jutawan.
Seperti yang pernah dikatakan oleh Profesor James Chin bahawa ada 'PAYMASTER' yang membiayai penulis penulis blog ini nampak gayanya adalah benar.
Tapi walaupun begitu, penulis laman blog berbahasa inggeris Datuk Rockybru pula ada pendekatan yang berbeza dengan mengatakan bahawa tidak ada lagi calon yang sesuai untuk menggantikan Najib Razak didalam penulisan beliau.
Saya masih ingat lagi, kalau dulu andaian Tun Daim dalam keputusan pilihanraya boleh digunapakai hampir 90% namun dalam pilihanraya umum lepas, ianya meleset jauh dimana kalau tidak silap, Tun Daim ada mengatakan bahawa Selangor akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional namun ternyata ianya tidak benar sama sekali.
- Kenapa Tun Daim yang dulunya merupakan penyokong tegar UMNO dan pernah menjawat jawatan Menteri dalam kerajaan hari ini sanggup untuk mengepalai tentera maya yang mahu menjatuhkan Najib?
Semua orang tahu betapa akrabnya Tun Daim dengan Tun Mahathir malah Tun Mahathir pernah meletakkan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan satu masa dulu ekoran kepakaran beliau dalam bidang ekonomi.
Tapi kini nampaknya Tun Daim sengaja menggunapakai kelebihan tersebut untuk memperlihatkan bahawa permainan untuk menjatuhkan Najib ini didalangi oleh Tun Mahathir sedangkan, Menteri Besar Kedah yang merupakan anak kepada Tun Mahathir sendiri mengatakan bahawa beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
Ini sebenarnya mesej jelas yang diberikan oleh Mukhriz yang mungkin tidak mahu terlibat sama dengan konspirasi untuk menjatuhkan Najib Razak ini.
Berbeza dengan zaman mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak masih mahu mendengar nasihat serta pendapat yang diberikan oleh Tun Mahathir sedangkan di zaman Pak Lah dulu ianya tidak berlaku.
Tun Daim sendiri perlu melihat bagaimana kepimpinan yang dibawa oleh Najib pada kali ini dan ada beberapa perkara yang Sangkalala rasa tidak tepat tentang Najib yang dikeluarkan oleh blogger blogger upahan Tun Daim seperti Kadir Jasin dan APANAMA.
Sudah sudahlah Tun, tak payahlah beriya iya mencatur kepimpinan, kalau dah semua nampak salah, baik Tun Daim bertanding sebagai peresiden dan itu rasanya lebuh baik daripada menghabiskan duit (walaupun takkan habis) kepada blogger blogger pak turut ni.
Macam kata rakan saya, baik Tun Daim bela blogger Kedah untuk memastikan Kedah kekal milik Barisan Nasional daripada membayar blogger blogger yang diupah oleh beliau untuk memburukkan Najib.
Source: BLOG SANGKAKALA
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!