\
Seperti apa yang saya tulis sebelum ini berkaitan dengan ADUN PAS Batu Buruk merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyebarkan berita palsu tentang pesawat penumpang Air Asia AK5110 terhempas di Putrajaya [KLIK SINI], sekali lagi saya mahu bertanya, adakah begini sikap professional seorang yang berstatus YB?
Mungkin ianya tidak menjadi apa-apa kepada penyokong PAS, tapi saya sebagai pemerhati berasa malu walaupun sudah 2 hari ia berlalu, tetapi masih tiada permohonan maaf daripadanya walaupun dia sudah menerima maklum balas dari pihak Air Asia di Twitter.
Untuk pengetahuan, YB PAS ini hanya 'Retweet' sahaja maklum balas tersebut tanpa apa-apa permohonan maaf. Tak sangka begitu dangkal akal YB PAS ini kerana tidak membuat apa-apa pemeriksaan atau mengesahkan kesahihannya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan tweet bodoh tersebut.
YB PAS ini turur mendapat kritikan hebat di Twitter dan Facebook disebabkan kedangkalannya itu. Patutlah Pakatan Rakyat ni huru-hara, semua isu main balun jer tanpa usul periksa. GAGAL!
Pembaca juga boleh baca ADUN Pas bergurau pesawat terhempas di Putrajaya untuk mengetahui respon di Twitternya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!