Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerima 300 laporan polis berhubung perkara itu daripada pelbagai pihak.
“Siasatan telah kita mulakan dan SKMM juga beri kerjasama bukan sahaja untuk muat turun (video), malah beberapa maklumat lain telah kita peroleh,” kata Zahid dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Kajang, Sabtu.
Klip video sepanjang hampir 12 minit itu memaparkan Kok selaku pengacara dan tetamu undangannya mengeluarkan kenyataan menyindir kerajaan dalam pelbagai isu termasuk isu keselamatan membabitkan lanun di Sabah.
Kenyataan Zahid disambut baik, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa segera memaklumkan keputusan siasatan kepada rakyat.
“Kita mahu tahu…kalau tak ada tindakan pun, kena beri penjelasan sama ada terdapat unsur hasutan atau tidak. Jangan sampai berlarutan,” kata Khairy ketika ditemui pemberita pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Negara Kedua di Kuala Lumpur.
Manakala di Kota Baharu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pemimpin wanita DAP itu memang patut menerima kecaman hebat daripada rakyat negara ini kerana kebiadapannya.
“Ini perlu Teresa hadapi. Dia yang mulakan dahulu dan ini bukan kali pertama dia buat. Dia melukakan hati banyak pihak,” katanya.
Md Alwi ditemui ketika mengetuai kira-kira 500 orang terdiri darippada anggota UMNO serta sebuah NGO, Barisan Darul Naim (Badar) mengadakan bantahan secara aman berhubung video biadap Kok di Taman Hijau, tengah hari tadi.
Penngerusi Badar Kamaruddin Kassim berkata penerbitan klip video Kok itu diibaratkan “bermain api” dan dikhuatiri mencetuskan keadaan tidak baik di negara ini.- pisau
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!