Tak sangka Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi begitu mengambil berat dengan kaum cina tanpa fikir apakah yang akan jadi dimasa akan datang serta tak fikir apa yang dirasai anggota lain. Apa agaknya yang dirasai oleh individu (kaum lain) yang pernah gagal dalam sesi pengambilan, tetapi tidak dapat kelebihan sebegini rupa walaupun sudah mengemukakan rayuan.
Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel (L/W) dalam Polis Diraja Malaysia bagi menggalakkan kaum cina menyertai PDRM?
Pada pandangan saya.......
Ini mungkin dapat memantapkan sistem keselamatan dalam negara kita. Namun begitu, saya sama sekali tidak setuju kerana ianya seolah-olah membazir dan dilihat seolah-olah menindas kaum lain, terutamanya MELAYU.
Saya ada war-warkan hal ini di laman Facebook saya bagi melihat pandangan kawan-kawan, ternyata ramai juga yang tidak setuju dengan pengambilan khas ini. Sila baca komen-komen mereka:
Ternyata ramai juga yang tidak setuju. |
Saya sama sekali TIDAK SETUJU dengan syarat kemasukan yang ditetapkan, kerana begitu banyak kelonggaran yang diberi. Saya tahu anggota PDRM sendiri juga pasti ramai yang tidak bersetuju. Baca penerangan saya dibawah:
Iklan Jawatan Yang Ditawarkan |
KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:
Walaupun tempoh latihan sudah pun disingkatkan, tapi ianya tetap menelan belanja yang besar bukan? Sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang 90 hari (3 bulan) untuk menamupung pembelanjaan makan/minum pelatih. Dengar khabar, setiap pelatih diperuntukkan higga mencecah RM30 sehari (makan SAHAJA). Jika 100 orang yang ditanggung? Itu baru bacaan minimum.
Sudahlah syarat kemasukan dilonggarkan, tempoh latihan dikurang, gaji pun naikan juga? Sedangkan skop tugasan dan gred gaji sama. Banyak cantikkk.... Untuk pengetahuan anda, ini adalah punca mereka tak mampu berikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja nanti dan berpotensi calarkan imej PDRM. Cukuplah imej PDRM dicalarkan dengan fitnah pembangkang.
KELEBIHAN YANG ANAKANDA SULTAN PUN TAK DAPAT RASAI.
Untuk pengetahuan anda, semasa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang menjalani latihan sebagai Pelatih Inspektor di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa. Dia pun turut menjalani latihan mengikut masa yang ditetapkan. Dia juga menerima gaji bulanan mengikut gred ditetapkan tanpa ada penambahan elaun 'tarik perhatian' pun.
CARA PENGAMBILAN YANG TIDAK TELITI.
Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja eperti pengambilan sebelum ini? Bukankah ianya lebih teliti dan punyai tapisan serta penilaian yang terperinci? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar.
- Diberi kelonggaran untuk syarat kemasukan.
- Punyai sistem gaji khas dan Gred yang lebih tinggi.
- Ada desas desu yang kata tarikh untuk 'tetap jawatan' juga dipendekkan.
- tempoh latihan akan dikurangkan daripada 9 bulan kepada 6 bulan (Pengambilan Sarjan/Inspektor) dan 6 bulan kepada 3 bulan (Konstabel).
Senang banyak mereka ini. Kenapa tak tukar juga kandungan atas sumpah tu sahaja?
Pada pandangan saya, jika mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Pada pandangan saya, jika mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Rasanya sepanjang 6 bulan tempoh latihan, ianya cukup padat dengan sesi pembelajaran asas kepolisan dan undang-undang, sampaikan ada silabus yang tidak sempat disebabkan tidak cukup masa. Itu pun masih nak pendekkan tempoh latihan? Bukan senang untuk transformasikan seseorang daripada 'orang awam' kepada seorang polis. Lagikan pula jika tempoh 'brainwash' disingkatkan. Sia-sia sahaja, Hanya kuantiti sahajalah yang akan bertambah, kualiti tidak sama sekali.
Mudah bukan? Sedangkan masih ramai lagi anak Melayu kita nak masuk Polis ini. Kalau ada buka iklan 'PENGAMBILAN KHAS KONSTABEL (L/W) PDRM (DIBUKA KEPADA KAUM MELAYU YANG PERNAH DITOLAK PERMOHONAN SAHAJA)' tidakkah ianya lebih baik? Pasti berpusu-pusu yang mohon.
MEMBAZIR
Antara kenderaan Polis yang masih memerlukan tambahan. |
Pengambilan ini merupakan satu pembaziran kerana pasti banyak wang kerajaan akan diperuntukkan bagi menampung pembelanjaan pelatih-pelatih sepanjang sesi latihan mereka nanti. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Sedangkan wang itu boleh digunakan untuk menambahbaik prasarana di balai-balai/pusat latihan polis (PULAPOL) ataupun tambah kuantiti 'Patrol Car' untuk anggota cawangan MPV membuat rondaan pencegahan jenayah. Tidakkah itu lebih baik?
Indeks jenayah terbaru |
TAWARAN GAJI LEBIH TINGGI & KELONGGARAN SYARAT PENGAMBILAN BERPOTENSI LAHIRKAN ANGGOTA PDRM YANG TIDAK BERINTEGRITI.
Pasukan khas untuk kaji aspek gaji juga akan ditubuhkan. Persoalannya, Kenapa tak buat penambahbaikan sahaja bagi Unit Gaji Bukit Aman yang mengawal gaji/elaun bagi berpuluh-ribu anggota polis itu sahaja?
Jadual gaji asal bagi Konstabel (Terbaru) |
Jadual gaji baru bagi Konstabel (Cina) |
KELEBIHAN YANG ANAKANDA SULTAN PUN TAK DAPAT RASAI.
Untuk pengetahuan anda, semasa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang menjalani latihan sebagai Pelatih Inspektor di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa. Dia pun turut menjalani latihan mengikut masa yang ditetapkan. Dia juga menerima gaji bulanan mengikut gred ditetapkan tanpa ada penambahan elaun 'tarik perhatian' pun.
Tengku Abdul Jalil (Anakanda Sultan Johor) semasa jalani latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. |
CARA PENGAMBILAN YANG TIDAK TELITI.
Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja eperti pengambilan sebelum ini? Bukankah ianya lebih teliti dan punyai tapisan serta penilaian yang terperinci? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar.
Ramai pelatih Konstabel L/W dalam PULAPOL itu berjaya dalam sesi temududga SPA dan diterima bekerja. Sekarang ini, mereka semua sedang menjalani latihan asas kepolisan di PULAPOL (tanpa kurangkan tempoh). Difahamkan, pengambilan baru-baru ini adalah merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan. Tahniah!
SOALAN KEPADA ZAHID HAMIDI:
- Masih ramai lagi rasanya anak melayu yang menganggur dan perlukan kerja. Kenapa tak buat kelonggaran seperti diatas untuk kaum MELAYU SAHAJA? Itu lebih baik.
- Kenapa nak naikkan gred gaji mereka? Kenapa tak selaraskan sahaja? Ianya sudah cukup memadai dengan kelonggaran yang diberi. Tak gitu? Sedangkan anggota lain mengambil masa latihan lebih lama dari mereka & melepasi syarat lantikan yang ditetapkan. Tapi dibayar gaji lebih rendah?
- Kenapa tidak selaraskan sahaja sistem gaji seperti yang sedia ada? Tidakkah ianya lebih memudahkan?
- Kenapa tak bantu bumiputera yang susah je?
P/S: 1 Lagi Produk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri Kementerian Dalam Negeri, Nak Buat Jasa Tapi Tak Pandai!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tempoh Latihan selama 6 bulan lah, Mangkuk
ReplyDeleteDari mana dapatnya berita tentang tempoh latihan disingkatkan?
Kadar gaji semua samalah, PHD betul