"GET IT STARTED" - PITBULL & SHAKIRA
"but for now it's off to Malaysia,Two passports, three cities, two countries, one day,Now that's worldwide"
IS IT STARTED ALREADY??
REMEMBERING TRAGEDY OF MH370 FLIGHT
MYSTERY OF 239 PERSONS INSIDE FLIGHT..
KOMPILASI TEORI - (SINI)
** IAITU KAWASAN PERAIRAN DI KAWASAN TERPENCIL YANG MEMPUNYAI KEDALAMAN BERPULUH RIBU KAKI DAN PUKULAN OMBAKNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI YANG TERGANAS DIDUNIA.
SEJURUS SELEPAS PM NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN BERITA SEDIH INI (SINI), MEDIA ASING MULA MENYALAHKAN KERAJAAN MALAYSIA DAN MENUDUH BAHAWA KERAJAAN MALAYSIA ADALAH 'PEMBUNUH' MANGSA TRAGEDI PESAWAT MH370? WHY? APA MOTIF?
MEMETIK SEMULA PETIKAN DARI ARTIKEL SAYA SEBELUM INI (KLIK TAJUK UNTUK BACA):
PETIKAN:
14 Mac: Sebuah Sumber Dari Amerika Syarikat Melaporkan Pesawat MH370 Mungkin Berada Di Lautan Hindi.
- Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi. - SELANJUTNYA
Selepas 17 Hari Operasi Pencarian MH370, Inmarsat Melaporkan Telah Mengesan Isyarat Terakhir Kapal Terbang Tersebut?
Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom Mengesahkan Kedudukan Terakhir Pesawat Itu Adalah Di Tengah-Tengah Lautan Hindi
- Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi. - utusan.com.my
- Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth. - utusan.com.my
AAIB Menggunakan 'Teknik Fenomena Gelombang' Yang Ditemui Pada Kurun Ke-19
Teknik Fenomena Gelombang Kurun Ke-19 Ini Tidak Pernah Digunakan Dalam Mana-Mana Siasatan Kehilangan Pesawat Sebelum MH370.
- Satelit Britain, Inmarsat menggunakan teknik fenomena gelombang yang ditemui pada kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya. - sinarharian.com.my
Menurut Laporan, Pesawat MH370 Menghantar Isyarat 'Ping' Kepada Satelit Secara Berterusan Setiap Jam?
- Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi. - utusan.com.my
Kajian Daripada 'Ping' Tersebut Mendapati Bahawa Pesawat MH370 Pada Mulanya Berkemungkinan Telah Mengambil Dua Laluan
- Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan. - mynewshub.my
- Satelit Inmarsat turut mengesan isyarat 'jabat tangan' (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi. - utusan.com.my
Lokasi Pencarian Pesawat MH370 Kemudian Diperkecilkan Melalui Bacaan Rapi Terhadap 'Ping' Dari Kapal Terbang Berkenaan
- Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat, Chris McLaughlin berkata “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan.” - siakapkeli.com
- Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan. - siakapkeli.com
- Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain. - mynewshub.my
Walau Bagaimanapun, Analisis Mengenai Kelajuan, Paras Bahan Bakar Dan Bagaimana Pesawat Itu Jatuh Ke Lautan Hindi Tetap Tidak Diketahui
- Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu. - siakapkeli.com
Pengumuman Perdana Menteri Terhadap Pengakhiran Pesawat MH370 Ternyata Memberi Impak Hebat Kepada Rakyat Malaysia
- “Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ automatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak. Kami andaikan ia 450 knots.” - siakapkeli.com
- “Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap,” kata Chris McLaughlin. - mynewshub.my
NOTA: Segala Maklumat Terperinci Mengenai Kehilangan Pesawat MH370 (rujuk SINI)
Sebelum ini, Pakar Penerbangan juga yang mengesahkan bahawa selagi pesawat MH370 tidak menemui bangkai atau serpihannya, kita tidak boleh mengesahkannya terhempas.
Sebelum ini, Pakar Penerbangan juga yang mengesahkan bahawa selagi pesawat MH370 tidak menemui bangkai atau serpihannya, kita tidak boleh mengesahkannya terhempas.
Apa yang pelik berlaku pada hari ke-17 kehilangan MH370, pesawat telah disahkan terhempas? MANA SERPIHAN? MANA BANGKAI PESAWAT?
Walaupun kedalaman lautan hindi itu melebihi ketinggian Eiffel Tower, etc dan dikatakan mangsa dan pesawat memang tidak akan dijumpai atas kerana kemungkinan besar tenggelam kedasar...
Eviden WAJIB diperolehi sebelum mengesahkan pesawat terhempas! Allah Maha Adil, InsyaAllah persoalan akan terjawab.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!