Berkait dengan entri saya sebelum ini - [klik SINI]
Berikut adalah videonya:
Manakala disini terdapat perbezaan antara dua orang pemimpin politik dimana mereka masing-masing adalah merupakan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN N25 Kajang 23 Mac ini.
Yang mana satu adalah melambangkan keperibadian seorang wakil rakyat? Individu yang bersikap bagaimanakah yang anda mahukan untuk memimpin?
- Individu yang memperlekehkan usaha murni sesuatu pihak atau individu yang mendoakan usaha murni pihak tersebut?
KLXPRESS telah mendakwa bahawa Wan Azizah tidak Patriotik.
YA, BETUL....
KLXPRESS
Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat “Bomoh Do Re Mi” memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.
“Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.
“Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng,” katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.
“Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam,” katanya.
Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini.
Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.
Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.
Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.
Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!