Berikut adalah ucapan penuh oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun (Azwan Bro) semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bilik Gerakan Pemuda UMNO di PDM Bandar Kajang (DUN N25 KAJANG).
"Kita dapat lihat, Barisan Nasional sekali lagi menunjukkan komitmen yang tinggi dalam semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (parti komponen), Walaupun pengundi Kajang majoritinya adalah kaum melayu, iaitu sebanyak 48%.. Tapi dalam PRK Kajang ini, kerana kita (BN) percaya akan kualiti yang ada pada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dari kaum cina, sokongan yang tidak berbelah bagi akan tetap diberikan!!", kata Azwan Bro semasa ucapannya.
VIDEO UCAPAN AZWAN:
Azwan menyatakan bahawa kejayaan yang BN buktikan sekarang ini adalah terletak pada kualiti kepimpinan, tidak kiralah calon tersebut kaum apa sekalipun.
Quote:
"JIKA ANDA TELAH MEMILIH CALON YANG BERKUALITI, BERMAKNA ANDA TELAH MEMILIH UNTUK PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK."
InsyaAllah.
Ucapan yang mantap ini juga telah menyelitkan slot untuk mendoakan keselamatan penumpang dan krew MH370 (Pray For MH370) oleh semua hadirin yang hadir.
Disaat semua orang dalam kesedihan atas insiden pesawat yang berlaku, ada juga pihak yang cuba ambil kesempatan.
Maka, Azwan Bro telah menyelar sekerasnya media asing yang cuba memburukkan imej Malaysia dimata dunia dengan memperlekehkan kreadibiliti pemimpin negara dalam menangani insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang lenyap entah kemana sejak 8 MAC lalu. Dalang disebalik perkara ini adalah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
PESANAN AZWAN BRO KEPADA PENGUNDI:
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!