PAS Perlu Sokongan 40 Ahli Parlimen Bukan Islam PR
PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata:
- PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.
- 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.
“Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu,”.Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!