Pada 17 Mei tahun lalu, Nik Nazmi, 31, didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran program ‘Blackout 505′ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Nik Nazmi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Pagi ini, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.
Sumber: KeldaianDaily
MAKNANYA SELEPAS INI, PEMBANGKANG AKAN BERPESTA UNTUK ADAKAN DEMOSTRASI.. BACA APA YANG DIKATAKAN LATHEEFA KOYA:
RUPANYA, SETELAH DISIASAT...
Hakim Mahkamah Rayuan Merupakan Bekas Calon PAS.
MAKLUMAT HAKIM:
- Nama: Mohd Arif Mohd Yusof
- Jawatan Politik: Bekas Calon PAS PRU 11 2004 bagi Dun N.39 Kota Damansara.
- Keputusan PRU11: Pertandingan 2 Penjuru bagi kerusi Dun N.39 Kota Damansara. Mohd Arif Mohd Yusof calon PAS kalah kepada calon BN Dato Mohd Mokhtar Dahlan dengan majoriti yang banyak.
- Mohd Arif Mohd Yusof mengumumkan bersara politik dan kembali aktif dalam kerjaya pengamal perundangan.
- Beliau dilantik sebagai salah seorang hakim Mahkamah Rayuan.
- Banyak kes yang dikendalikan nya yang melibat pihak BN dan PR telah berpihak kepada PR
Bukanlah niat untuk mempertikaikan keputusan hakim, jauh sekali menidakkan institusi kehakiman. Tapi bolehkah jika sebagai seorang rakyat marhein, saya mahu memandang kes ini dari sudut manusia yang mana hakim juga adalah manusia biasa seperti kita. Betul atau tidak?
Jangan kaitkan dendam lama atau kekecewaan yang ditempuh untuk membuat keputusan mahkamah.
Peguam Negara melihat kembali soal kredibiliti dan sejarah karier seseorang dalam sistem perundangan negara lebih lebih lagi sebagai seorang pemutus hukuman kerana kesannya pada masyarakat dan rakyat adalah sangat besar.
Jangan jadi kayu macam peguam negara sebelum ini!!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!