MANIFESTO PAKATAN UNTUK NEGERI SELANGOR
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD/BACA
Nampaknya, sekali lagi Presiden NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Sdr Ramesh Rao Krishnan Naidu 'buat hal'...
Baru sahaja tak sampai sebulan dia telah buatkan Karpal Singh terkedu kerana "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat"(SINI). Tup tup... Hari ini, dia dengan ekstrimnya telah mendesak Khalid Ibrahim (MB Selangor) supaya membubarkan DUN Selangor dengan kadar segera, kerana Selangor bakal menjadi 'daging ratahan' godzilla PKR jika tindakan ini tidak diambil.
SERIOUSLY!
Desakan itu disuarakan melalui tweet dari akaun Twitter peribadinya sendiri:
BUBARKAN DUN SELANGOR DENGAN SEGERA! Jangan Susahkan Rakyat Kerana Kecelaruan Politik @MyKMUnet @mymassa pic.twitter.com/EUtjYT5fCb
— RameshRaoAKS****** (@RameshRaoAKS) April 16, 2014
ULASAN PENULIS:
Pada pandangan saya... Secara amnya, pembubaran DUN ini adalah WAJAR & WAJIB kerana ini bagi memastikan 'hak rakyat Selangor' terjamin dan mereka tidak lagi diperbodohkan angkara kerakusan PKR. Yang paling melampau adalah isu terkini, iaitu:
- 'DISKAUN 7% UNTUK BUMIPUTERA (BELI RUMAH) TELAH DIMANSUHKAN DENGAN 'SLUMBER' OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR'
- UNISEL DITUTUP KERANA KERUGIAN RM37 JUTA.
- HOTEL 'QUALITY' MILIK PKNS TERPAKSA DITUTUP & MENYEBABKAN 105 STAFF KEHILANGAN KERJA.
- ISU AIR
Dalam isu pemansuhan diskaun 7% bumiputera pula, bolehkah saya kategorikan PEMIMPIN MELAYU di Selangor sebagai BODOH? Habis tergadai hak Melayu/bumiputera yang pada asalnya adalah 'tuan rumah' di Tanah Melayu ini.
Adakah rakyat Selangor masih lagi mahu mereka memerintah? Kalau mahu, SILAKAN... Itupun jika anda berhati KENTAL.
Pengurusan negeri tidak akan rugi jika tiada korupsi disebaliknya!! Banyak sangat raksasa dalam SUK Selangor tu.. BUBAR CEPAT!!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!