Pada artikel sebelum ini, saya ada mempertikaikan jasa mendiang Karpal Singh sehingga diumum oleh Lim Guan Eng agar mendiang diberikan Penghormatan Negeri (SINI). Pertikaian yang saya buat sebelum ini adalah pandangan saya dari sudut politik.
Namun, dengan melihat keamanan yang kita kecapi sekarang, Penghormatan Negeri sahaja adalah tidak memadai bagi mendiang Karpal Singh kerana dia adalah penghalang daripada Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan petikan dari blog RBF:
Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. Dah hampir pun ketika itu. Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang.
Kita kena ambil iktibar bagaimana hancurnya sebuah negara kaum Nabi Luth kerana homoseks. Dan Nabi cukup-cukup marah kepada pengamal homoseks sehingga Baginda tidak mengaku sebagai umatnya. Cuba anda bayangkan sekiranya orang begitu diangkat menjadi pemimpin kita, apa akan jadi kepada negara kita ? Sebab itu saya kata kita kena ambil iktibar apa yang pernah terjadi dalam sejarah islam hingga hancur sebuah negara.
Sebab itu juga saya kata kita kena akui jasa besar Karpal Singh kepada negara kita dan beliau sepatutnya layak diberi penghormatan negara.
Saya tidak bercakap benda bohong….saya tidak mengutip khabar angin kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya juga tidak mendengar cerita orang yang tidak tahu kesahihannya kemudian dimasukkan ke dalam blog. Saya bercakap atau menulis benda yang berdasarkan fakta.
Sekarang mari saya tunjukkan fakta-faktanya kepada anda…
Sebelum saya menunjukkan fakta-fakta kepada anda saya nak beritahu sikit sahaja lagi….
Sebelum Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat, terlebih dahulu sebelum itu Tun Dr M selaku PM telah dimaklumkan tentang salah laku moral Anwar Ibrahim oleh pelbagai pihak. Termasuklah oleh Tun Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara ketika itu.
Namun semuanya Tun ketepikan…kerana baginya itu semua adalah mainan politik kotor orang yang dengki kepada Anwar. Tun tetap mempercayai Anwar dan memilih beliau sebagai penggantinya. Sehingga satu masa Anwar diberi memangku jawatan PM sewaktu Tun keluar negara.Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) Sidang Dewan Rakyat 22/10/1997
Sehinggalah Tun menerima surat akaun bersumpah daripada mangsa liwat dan kemudiannya dibangkit secara serius oleh Karpal Singh dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Barulah Tun membuka mata dan mengarahkan satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Sebabnya Karpal membangkitkan perkara itu secara serius dalam Parlimen dan mengasak Anwar bertalu-talu.
Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) . Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Sekarang jom kita lihat bukti apa yang dibangkitkan oleh Karpal sehingga ianya menjadi penghalang Anwar dipilih sebagai PM oleh Tun Dr M. Dan juga ianya menjadi punca Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno, ditangkap , didakwa dan dipenjara.
Kalau ada sesiapa kata saya tipu, anda boleh cari sendiri di laman web Parlimen Malaysia, atau pergi sendiri ke Arkib Parlimen di Bangunan Parlimen Malaysia. Manalah tahu ada yang kata ini superimpose atau kertas tak boleh jadi bukti.
Kali pertama Karpal membangkitkan perkara ini adalah pada 22 Oktober 1997. Teliti, baca dan fahami betul-betul. Kemudian fikir-fikirkan. Klik pada imej untuk membaca dengan jelas.
Lihat dalam kotak merah, siapakah TPM ketika itu ?
Ini detik-detik permulaan Karpal mengasak Permatang Pauh
Karpal masih berlemput atau berlapik dan dia berkata 'kewajipan' beliau mempertahankan orang Pulau Pinang kerana dia pun orang Pulau Pinang. Cekappppp
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!