05/06/2014 - Khamis
Dalam Negara
1. Seorg dalang agensi pembantu rumah haram mencampak mayat bayi usia 6 bulan ke dlm gaung 70 meter di KM 3.2 Jln Genting Highlands-KL terbongkar selepas wanita yg pernah diperkosanya membuat laporan polis mengenai kehilangan bayi tersebut.
2. 20% mainan diimport dari China dikesan mengandungi logam berbahaya seperti bromin,kadmium,klorin,arsenik,merkuri,pvc dan plumbum yg boleh mresap ke dlm badan dgn sekali sentuh serta akibatkan IQ kanak2 terbantut,rencat fizikal mental,rosak sistem saraf otak dan kanser pada usia muda.
3. Kwsn pencarian pesawat MH370 yg hilang akan diperluaskan tetapi kekal di Koridor Selatan dgn guna apa kepakaran yg ada.
4. Seramai 260 ribu org pekebun kecil getah di seluruh negara akan menerima bantuan khas RM500 mulai pertengahan Jun berikutan kejatuhan harga komoditi berkenaan.
5. Pemilik kenderaan diberi tempoh utk patuhi kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin kenderaan sebelum JPJ memburu mereka yg degil dan terus kekalkan cermin gelap lebihi had.
6. Gabungan Persatuan Pengguna Islam Msia (PPIM) sifatkan operasi cermin gelap secara besar-besaran oleh polis trafik mulai 16 Jun ini sbgai tindakan bermusim,tidak tegas biarpun wujud sejak 1992 dan bebankan rakyat.
7. Australia siasat dakwaan pelayar warga Britain yg dakwa melihat pesawat sedang terbakar ketika myeberangi Lautan Hindi pada hari MH370 dilaporkan hilang 8 Mac lalu.
8. JPN sahkan tiada terima sebarang permohonan drpda Zarena Abdul Majid wanita yg berkahwin dgn lelaki bukan Islam berkaitan pindaan butiran pada MyKad miliknya.
9. 6 penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah terlibat dlm kemalangan ketika dlm perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El,Mesir malam kelmarin.4 cedera parah dan 2 cedera ringan.
10. Jais tak patut serbu majlis kahwin di Kuil dan sarankan Jais rujuk kembali al-Quran kata Tun Mahathir
11. MB Selangor adalah antara yg turut mengecam tindakan JAIS.
12. Pertubuhan Hindu Sangham merancang utk saman Pejabat Pendaftaran kerana keengganan menukar nama pada kad pengenalan kes murtad.
13. Kabinet akan di rombak dgn 5 muka baru di jangka akan di lantik oleh PM.
14. Mayat reput ditemui di belakang chalet di Pulau Tioman belum disahkan warga Britain yg hilang Gareth Huntley.
15. Seramai 3,314 orang mendaftar dgn Seketariat Bebas Muflis utk memohon bantuan status bankrap yg dikenakan keatas mereka.
16. Hujan lebat mengakibatkan banjir di kawasan UIAM di Gombak, KL dan puluhan kenderaan tenggelam dlm kejadian disifatkan paling buruk.
17. SUHAKAM mahu siasatan keatas projek lebuhraya KIDEX atau Kinrara-Damansara Expressway jika terdapat pelanggaran hak asasi manusia.
18. Pelari wanita Malaysia Suwaibah Muhd Nasir tiba di Venice Itali dan menamatkan larian sejauh 3,333km dan merentasi 12 negara.
19. NGO Islam desak siasatan laporan DNA babi dlm coklat Cadbury yg bercanggah antara JAKIM dan Kementerian Kesihatan.
20. Jabatan Meteorologi berkata fenomena El Nino belum lagi bermula.
21. Tan Sri Dr Francis Yeoh yg juga bos YTL nafi ada mengeluar kenyataan yg mengatakan wujudnya amalan kapitalisme dlm Malaysia.
22. Penyanyi Amy Search akui hubungan dgn anaknya Nabila Huda agak dingin.
23. Pengilang tepung akan disiasat kerana kurangnya bekalan bahan itu pd pemborong dan di pasaran.
24. Seramai 22 warga Filipina dr puak Suluk ditahan di Seri Manjung ,Perak kerana memiliki kad pengenalan palsu.
25. Seramai 2,000 pemandu teksi Terminal KLIA2 membuat protes bahawa pendapatan mereka terjejas akibat kegiatan teksi bermeter luar.
26. Seorang pemancing menjual 2 ekor ikan empurau atau kelah merah yg dipancing di Sg Silat,Baram dgn harga RM 2,950 kpd Timb. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.
27. Sebuah keluarga di Bukit Dinding ,Hulu Kelang bingung dgn kejadian api misteri yg telah lebih 40 kali muncul tiba2.
28. Pokok pisang di Kg Padang Teja di Jitra jd tumpuan kerana mengeluarkan tandan pd batang pokok.
29. JPJ Negeri Sembilan akan melelong 50 motosikal pd 18 jun di Dewan Melati Seremban.
30. Satu keluarga yg berasal dr Ipoh kini terkandas di Madinah ketika menunaikan umrah selepas agen mereka gagal membayar bil hotel.
31. Lebih 6000 nelayan Kedah dan Perlis sokong zon tangkapan ikan dirombak semula.
32. Beberapa negeri di tanah air kini heboh dgn kemunculan rama-rama gergasi dgn Kuantan dikatakan plg byk dikesan kunjungan spesis ini.
33. Anak pengasas Line Clear sedia bincang dengan 3 lagi pemilik restoran.
34. Siasatan insiden penunjuk perasaan Isu UMNO Celaka hampir 90% lengkap.
35. Cuepacs selar tindakan LHDN kerana Arahan CP38 tidak kena masa yg hanya membebankan kepada penjawat awam.
36. Penjenayah larikan 29 ekor lembu di Kg Pahang Jln Sg Soi,Kuantan.
37. Suri rumah umur 54 thn didakwa beri sokongan pengganas di Facebook.
Macam kenal je berita ni
ReplyDelete