MY PORTFOLIO

Sunday, August 24, 2014

IBU BAPA CUAI YANG SEBABKAN KEMATIAN ANAK AKAN DIPENJARA?


Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak.. Sedar atau tidak, sekarang banyak kes kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa sendiri.

Namun begitu, satu tindakan undang-undang wajar dilaksanakan bagi memastikan pihak ibu bapa lebih berhati-hati dan peka dengan masalah ini.

Ikuti kupasan berikut..
Ibubapa cuai hingga sebabkan kematian anak perlu didakwa
Oleh: The Ant Daily 
Kematian anak merupakan pengalaman pahit yang mampu memberi trauma kepada mana-mana ibubapa yang melaluinya, lebih-lebih lagi jika mereka yang menyebabkan perkara itu berlaku. 
Penyesalan dan rasa bersalah mungkin tidak tertanggung dek ibubapa tersebut, malah masyarakat mungkin merasakan tidak perlulah mereka dipertanggungjawabkan kerana ajal yang telah menimpa. 
Bagaimanapun, pengerusi kumpulan perlindungan kanak-kanak Voice of the Children (VoC) Sharmila Sekaran berpendapat ibubapa sebegitu perlu dihadapkan ke mahkamah jika didapati cuai hingga menyebabkan kematian anak mereka. 
Sharmila merujuk kejadian di mana Muhammad Aqil Arfan Adnan, kanak-kanak berusia 4 tahun, yang meninggal dunia setelah ditinggalkan di dalam kereta sementara bapanya sedang bekerja. 
“Saya sedar ada yang berkata ibubapa sedang merana dan bakal merasa bersalah sepanjang hidup mereka. Namun, apabila pendakwaan dibuat, anda perlu melalui proses undang-undang dan sewajarnya ia mendapat liputan media nasional dalam segala bentuk. 
“Saya amat bersimpati tetapi seharusnya ada pihak yang didakwa dan menggalas tanggungjawab,” ujarnya yang dipetik dari laman Theantdaily.com. 
Pada 20 Ogos, Muhammad Aqil dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Padang Durian, Pendang Kedah dengan kedua ibubapanya Adnan Salleh dan Asiah Abu pada jam 6.45 pagi. 
Bapanya, seorang guru agama, menghantar si ibu ke sekolah di mana dia mengajar sebelum meneruskan perjalanan ke tempat dia sendiri bekerja. Bapa itu bagaimanapun terlupa menghantar Aqil ke pusat jagaan kanak-kanak. 
Apabila dia pulang semula ke kereta pada pukul 4 petang, dia mendapati Muhammad Aqil tidak sedarkan diri.

Malangnya, Aqil telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 
Sekiranya ada pendakwaan, ujar Sharmila, media akan menumpukan perhatian dan orang-ramai akan berbincang tentangnya. Dengan itu, kesedaran dapat ditanam. 
“Kanak-kanak ini mati. Kita perlu mengambil perkara ini secara serius. Apabila kematian disebabkan pihak lain, kita perlu memburu pembunuhnya bagi mendapatkan keadilan. Apa bezanya di sini? Jika suami atau isteri membunuh pasangan mereka, mereka ditahan dan didakwa, bukan? 
“Kita perlu sedar kanak-kanak bukannya hak kita. Kanak-kanak punyai nyawa sendiri dan boleh membina hidupnya sendiri,” ujarnya lagi. 
“Walaupun undang-undang ada, ia selalunya tidak dilaksanakan ke atas ibubapa kerana dasar simpati.”, keluh Sharmila. 
Beliau berkata selalunya alasan yang diberi ialah tugasan menghantar anak ke pusat jagaan tidak dilakukan mereka, sehingga mereka terlupa anak ditinggalkan di dalam kenderaan. 
Sharmila bertegas bahawa terdapat banyak cara bagi ibubapa mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak ada di kerusi belakang kenderaan. 
“Kita sentiasa sedar apabila telepon tertinggal di dalam kereta, tetapi tidak ingat tentang anak-anak. Jadi tinggalkan telepon dengan anak-anak di belakang kenderaan. Anda tentu akan berpatah balik dan sedar bahawa anak-anak juga ada di situ.” 
“Anda juga perlu letak beg pakaian atau mainan anak-anak di kerusi hadapan. Terdapat banyak cara mengingatkan diri sendiri bahawa anak kita berada dalam kereta,” tegasnya. 
Ini bukan kali pertama mahupun kali terakhir, kanak-kanak ditinggalkan di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kematian. 
Pada 18 Julai 2013, Nawal Iris Samsuddin, 3 tahun, meninggal dunia akibat bahang kepanasan selepas ditinggal ibunya di dalam kereta selama enam jam. Ibunya terlupa menghantar Nawal ke pusat jagaan kanak-kanak. 
Ibubapa sememangnya merana dan dihambat perasaan bersalah akibat kecuaian mereka, tetapi pendapat Sharmila ada benarnya. 
Sekiranya didakwa dan perbicaraan mendapat liputan, insiden sebegitu tidak akan dilupakan dengan mudah olek kita semua. 
Contohnya di dalam kes peguam Datuk VK Lingam. 
Walaupun tidak seperti kes kematian kanak-kanak, perbicaraannya mendapat liputan dan diingati kerana frasa “correct, correct, correct”. 
Sebaliknya, sekiranya ibubapa ini tidak diheret ke muka pengadilan, kita semua akan melupakan kes ini. Itulah yang berlaku di dunia ini.
Walaupun dianggap kemalangan, ia tetap satu jenayah. 
“Hukuman boleh dipertimbangkan tetapi proses undang-undang perlu ditegakkan.”, tegas Sharmila.
P/S: Tindakan undang-undang patut dikenakan agar perkara sebegini tidak berulang lagi.



No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!