UMNO Terengganu mengerakkan jenteranya untuk berkempen dari rumah ke rumah dalam usaha mendekati pengundi supaya terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sempena PRK Dun Pengkalan Kubor yang akan diadakan pada 25 September 2014 akan datang.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jenteranya seramai 100 orang akan memberi komitmen tinggi berkempen dari rumah ke rumah yang sudah dikenalpasti untuk membantu kemenangan calon BN nanti.
Menurutnya, jentera ditugaskan untuk membantu PDM Tujoh selaku anak angkat UMNO Terengganu pada PRK DUN Pengkalan Kubor.
"Kita sudah ada pengalaman mengekalkan kemenangan BN pada PRK Dun Kuala Besut tahun lepas,
"Kita akan menggunakan kaedah dan pengalaman itu untuk menentukan kita tidak melakukan kesilapan dan berjaya mengekalkan kemenangan BN dengan majoriti bertambah pada PRK Dun Pengkalan Kubor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu jentera Umno Terengganu di PDM Tujoh malam tadi.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!