NASIHAT TUN MAHATHIR MOHAMAD KEPADA MELAYU BERKAITAN PERNIAGAAN/PENJANAAN PENDAPATAN/SARA HIDUP. Makan gaji VS Bisnes? |
Artikel 'panas' ini telah dikongsikan oleh laman Usahawanmelayu.my bertajuk 'Usahawan Melayu Di Malaysia: Selamatkah Mereka?'.
Antara pendedahan yang menarik adalah nasib kesudahan peniaga melayu di Tanah Melayu.
Sedar atau tidak, Menara berkembar KLCC yang dipekik-pekik sebagai hak MELAYU (PETRONAS) adalah merupakan 'tindasan halimunan' yang paling berkesan.
HAKIKAT SEBENAR
Sebanyak hampir 95% premis perniagaan disana adalah milik peniaga BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA.
Sebanyak hampir 95% premis perniagaan disana adalah milik peniaga BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA.
Mengapa ini berlaku? Kemana perginya peniga melayu dalam kawasan melayu tersebut? Difahamkan, 'mangsa' terakhir adalah restoran KELANTAN DELIGHT.
Berikut adalah antara petikan artikel yang saya maksudkan dari laman Usahawanmelayu.my , baca dibawah:
Lagi nasib si peniaga Melayu
CABARAN dan tekanan yang dihadapi oleh peniaga Melayu di Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia adalah realiti.
Saya tidak mengharapkan usahawan Melayu akan terus bertongkat sepanjang masa.
Namun, kita harus sedar kita bukan seperti peniaga Cina, yang dibantu oleh masyarakat dan mentor-menti mereka sendiri.
Cara mentor-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan oleh sistem kerajaan. Oleh kakitangan kerajaan yang memakan gaji.
Ikuti keluhan seorang peniaga Melayu, bekas wartawan dan kemudian berjinak-jinak dengan bisnes, yang bukan besar pun. Dia cuba bertahan berniaga di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya – tapi akhirnya gagal lalu mati.
“Sedekad lalu saya pernah menghadiri satu majlis di restoran Kelantan Delights di Suria KLCC dan menemui secara peribadi pemiliknya, Juhaidi Yean Abdullah. Itu ialah hari terakhir beliau berniaga di pusat beli-belah gred A itu sebelum diarah keluar dan diambil alih sebuah restoran makanan Korea.
Acara makan itu agak emosional dan Juhaidi kelihatan sebak apabila ramai rakannya termasuk dari kelompok yang dilabel ‘ultranasionalis’ UMNO datang memberi kata-kata semangat. Namun hakikatnya nasib beliau tiada siapa yang peduli.
Maklumlah BN baru saja menang besar PRU-11 pada 2004 ekoran rakyat teruja melihat peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Apabila saya ceritakan kepada Juhaidi bahawa isteri saya baru membuka sebuah kedai telekomunikasi Celcom di Alamanda Putrajaya, yang turut diuruskan Suria KLCC; beliau bangga kerana ada juga anak Melayu memasuki kompleks gred A. Tetapi Juhaidi memberi nasihat agar ‘bersiap sedia’ untuk menjadi seperti beliau.
Disamping itu, artikel berikut juga turut mendedahkan bahawa Projek Legoland (milik syarikat melayu) bakal dikuburkan oleh pihak tertentu..
Sejauh manakah kebenarannya?
Untuk sambung bacaan --> Klik SINI
Sejauh manakah kebenarannya?
Untuk sambung bacaan --> Klik SINI
P/S: Hurm... Siapa salah?
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!