Mahathir kantoi lagi.. Semalam Mahathir mendakwa kononnya pesawatnya disabotaj sehingga buatkan beliau lambat sampai ke Langkawi untuk Penamaan Calon.
Benarkah pesawat peribadi beliau disabotaj? Kalau Kalau benar, sila buat repot polis!! Tak perlu berdrama untuk menarik simpati rakyat!
Ini cerita sebenar, baca dibawah:
Bukan sabotaj, tayar pesawat Dr. Mahathir kurang angin
Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj terhadap pesawat yang dinaiki calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam.
Pengerusinya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan pihaknya mendapati pesawat tersebut gagal terbang disebabkan mengalami masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut.
KENYATAAN MEDIA OLEHDATO’ SRI AZHARUDDIN A RAHMAN, PENGERUSI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (CAAM)
PENYIASATAN KE ATAS TUDUHAN SABOTAJ PESAWAT JET PERSENDIRIAN
28hb April 2018
1. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tuduhan sabotaj Tun Mahathir Mohamad terhadap pesawat persendiriannya. Sabotaj terhadap pesawat merupakan suatu tuduhan yang amat serius, yang mana CAAM bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terperinci dengan teliti.2. Pesawat tersebut, Bombardier Challenger CL60 yang didaftar di Malta dengan nombor pendaftaran 9H-VFD dikendalikan oleh Vista Jet Limited, dilaporkan tidak dapat berlepas dari Subang ke Langkawi pada 27 April 2018.3. Setelah itu, berikutan spekulasi sabotaj, pada 28 April, CAAM telah menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk pengesahan dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal pesawat, dan soalsiasat terhadap juruterbang dan kakitangan penyelenggaraan pesawat swasta Tun Mahathir.Dokumentasi pesawat mendapati tiada kecacatan dilaporkan sehingga kini kecuali kebocoran udara dari nose wheel sebelah kiri, yang dipasang pada 27 April 2018.5. CAAM juga telah dimaklumkan oleh kakitangan penyelenggaraan yang mereka dapati tekanan ban nose wheel sebelah kiri menjadi rendah. Mereka kemudiannnya menyelenggara tayar, dan pemantauan tekanan tayar mendapati tekanan tayar jatuh pada 2psi per minit.6. CAAM telah mengambil maklum kenyataab dari log teknikal / perjalanan VistaJet di halaman nombor 55778, bahawa Vista Jet pada 27 April 2018 telah merekodkan satu pernyataan yang menyatakan bahawa terdapat kebocoran udara dari nose wheel sebelah kiri. Walau bagaimanapun, penggantian tayar tidak dapat dilaksanakan kerana tiada alat ganti.7. CAAM juga turut menjalankan pemeriksaan nose wheel sebelah kiri tersebut yang dipadankan dan disahkan serupa dengan laporan kakitangan penyelenggaraan pesawat.8. Berikutan penyiasatan ini, CAAM mendapati bahawa tidak terdapat sebarang petunjuk yang menunjukkan wujudnya sebarang unsur sabotaj. Pesawat tersebut tidak dapat terbang hanya kerana masalah teknikal kecil dan rutin, iaitu kebocoran udara dari nose wheel sebelah kiri.9. Tuduhan sabotaj terhadap sesuatu pesawat adalah sangat serius, dan boleh memberi kesan kepada reputasi penerbangan Malaysia dan negara secara keseluruhannya, terutama dalam tempoh pilihan raya umum yang amat sensitif. Adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak membuat tuduhan liar dan palsu seumpama ini demi kepentingan politik.
"Berdasarkan siasatan yang dibuat oleh CAAM hari ini termasuk dengan membuat pengesahan terhadap rekod dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal pesawat dan menemu bual juruterbang serta pekerja penyenggaraan pesawat khas milik Dr. Mahathir itu mendapati tiada sebarang laporan kerosakan dibuat.
"Kecuali terdapat kebocoran udara dari bahagian tayar hadapan kiri yang dibuat semalam. Pihak CAAM juga telah dimaklumkan oleh pekerja penyenggaraan bahawa tekanan angin terhadap bahagian tayar tersebut rendah. Mereka kemudian menservis dan memantau tekanan tayar tersebut, mereka mendapati tekanannya jatuh sehingga dua psi setiap minit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan buku log perjalanan dan teknikal Vistajet pada muka surat 55778 yang dicatat semalam mengesahkan berlakunya kebocoran udara pada bahagian tersebut namun, tayar tersebut tidak dapat diganti kerana tidak mempunyai tayar gantian lain.
Sehubungan itu, katanya CAAM turut membuat pemeriksaan terhadap bahagian tayar tersebut dan mendapati ia sama dengan laporan yang dibuat sebelum ini.
"Dakwaan sabotaj terhadap pesawat sangat serius dan boleh memberikan impak terhadap reputasi Malaysia dalam bidang penerbangan secara keseluruhan.
"Secara moral juga ia merupakan kesalahan kerana membuat satu dakwaan liar dan tuduhan palsu demi kepentingan politik," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!