Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pertandingan bagi merebut tiga kerusi naib presiden itu adalah bagi meraikan sistem demokrasi yang dilaksanakan dalam UMNO.
"Saya bersama-sama dua lagi naib presiden iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah bersetuju supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
"Bagaimanapun, ketiga-tiga kami sedia membuka pintu seperti yang dikehendaki oleh peraturan dan sistem demokrasi yang dilaksana UMNO di mana jawatan naib presiden itu disertai oleh orang lain untuk memeriahkan pemilihan naib-naib presiden," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini - Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!