Wednesday, June 19, 2013

ZAHID HAMIDI SEDIA DICABAR DALAM PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO. SAPA BERAN?


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedia dicabar oleh mana-mana pemimpin parti yang berhasrat untuk bertanding merebut jawatan yang disandang beliau dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pertandingan bagi merebut tiga kerusi naib presiden itu adalah bagi meraikan sistem demokrasi yang dilaksanakan dalam UMNO.

"Saya bersama-sama dua lagi naib presiden iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah bersetuju supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga kami sedia membuka pintu seperti yang dikehendaki oleh peraturan dan sistem demokrasi yang dilaksana UMNO di mana jawatan naib presiden itu disertai oleh orang lain untuk memeriahkan pemilihan naib-naib presiden," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini - Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive