Pada khutbah jumaat pada solat jumaat semalam (1/11/2013), di Masjid Sungai Dedap, Sungai Limau, Khatib yang menyampaikan khutbah pada waktu itu telah menjatuhkan hukum baru, iaitu WAJIB TOLAK KERAJAAN. Malah, dalam masa yang sama dia turut menghasut dan memburukkan kerajaan pusat agar dapat mencetuskan imej negatif supaya pengundi di N20 Sungai Limau mengundi PAS.
Saya mahu ajukan satu soalan kepada Khatib tersebut - Pernahkah Majlis Fatwa Negara keluarkan kenyataan rasmi bahawa rakyat Malaysia WAJIB TOLAK KERAJAAN sedia ada? Tidak pernah bukan?
Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah teks khutbah tersebut telah ditulis sendiri tanpa ada kelulusan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Disamping, ada ura-ura mengatakan bahawa doa yang dibacakannya ketika khutbah tersebut tidak langsung mendoakan kesejahteraan Pemangku Sultan Kedah, Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah tetapi mendoakan kesejahteraan calon PAS N20 Sungai Limau Ustaz Azam Samad.
Khatib ini perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah supaya hal 'jual beli agama' seperti ini menjadi perkara yang tidak remeh-temeh dan dapat dijadikan pedoman kepada orang (muslim) lain.
Tonton video dibawah sebagai BUKTI:
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!