MY PORTFOLIO

Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau: 48 JAM TERAKHIR: TAKTIK TERDESAK PAS PALING BIADAP TAHAP MAKSIMA!!!


Nampaknya, 48 jam terakhir sebelum pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung, kehangatan dan taktik terdesak untuk meraih undi semakin menjadi-jadi di situ.

Terbaru, beberapa patung yang dipotong kaki dan ditulis Kaki Ustaz dikesan digantung di beberapa lokasi.

Timbul persoalan ia angkara siapa?

(BACA: Patung Kaki: BN Buat Laporan Polis)

Pihak Pakatan Rakyat (PR) dengan pantas menuding jari ia adalah perbuatan Barisan Nasional (BN) dengan mengaitkan ia kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gula dan kaki bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan yang terpaksa dipotong.

Namun, di pihak BN pula menuduh ia perbuatan PR.

Ini kerana, jika PAS sanggup menggunakan teknik pertindihan gambar antara calon mereka dengan Ustaz Azizan, maka mungkin mereka atau parti lain dalam PR seperti PKR atau DAP menggunakan taktik kotor seperti itu.

Kalau difikirkan lojik, takkan sebodoh itulah jentera BN untuk meletak patung di merata tempat di kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan.

Buat apa hendak cari penyakit… sudah tentu benda itu akan menimbulkan kebencian kepada BN dan bukannya PR atau PAS.





Ini taktik kempen yang sangat hina.

Rasanya, pihak polis perlu diminta menyiasat ia perbuatan siapa.



Janganlah begitu terdesak sangat untuk kedua pihak hendak menang sehingga menghina Allahyarham yang banyak jasa kepada penduduk Kedah dan Sungai Limau. - MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!