MY PORTFOLIO

Thursday, January 2, 2014

#GulingKerajaan: SIAPAKAH WAJAH DALANG/PEROSAK YANG BERSELINDUNG DISEBALIK TOPENG #Anonymous #TURUN???

Tak sangka, topeng 'ANONYMOUS' yang menjadi tema semasa Himpunan TURUN (Guling Kerajaan) tidak mampu menutup muka 'dalangnya'. Sebelum ini, wajah-wajah yang hadir itu, sekeras-kerasnya menafikan bahawa mereka adalah sebahagian daripada 'Ahli Majlis' himpunan tersebut.

Antara 'penampakan spontan' yang saya petik dari laman BNBBC dibawah, jelas membuktikan bahawa pembangkang hanyalah 'alat perosak' kepada negara dan rakyat. Mujur, sudah ramai yang mula sedar.

TOLAK PAKATAN RAKYAT!!

Dipetik dari laman BNBBC:

SIAPAKAH MEREKA?
Betul anggapan sesetengah pihak bahawa himpunan haram TURUN hanya topeng pembangkang untuk terus menekan kerajaan dan menunjukkan rasa tidak puashati bukan kerana harga barang naik tetapi kegagalan mereka pada PRU-13.

Jika tidak sembunyi batu tangan, sekilas ikan di air sudah tahu bawa pemimpin pembangkang terutaama PKR dan PAS terbabit dalam penganjuran perhimpunan yang sekaligus menyebabkan sambutan Tahun Baharu di Dataran Merdeka dihentikan. 



Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) kelihatan seronok bergambar. Petugas media pun tumpang sekaki, memang 'A'.
Kemunculan beberapa pemimpin PKR dan PAS ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa merekalah disebalik ‘topeng’ himpunan TURUN atau Guling Kerajaan yang diuar-uarkan kononnya membantah kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Kelibat Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang juga Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategik parti itu bersama-sama peserta perhimpunan haram sudah cukup mengambarkan siapa dalang disebalik semua itu.


Selain itu juga, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar.

Ternyata kebiadapan peserta demo memuncak apabila konsert Ambang Tahun Baru bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu terpaksan dibatalkan 30 minit sebelum jam 12 tengah malam.

Sebelum itu, mereka merempuh hadangan polis dan cuba mencabar pihak berkuasa dengan provokasi kata-kata kasar.

Tindakan peserta demo yang melampau sehingga membaling objek ke arah pentas mencetuskan kekecohan di kalangan artis yang hadir untuk menghiburkan penonton konsert itu. 


Suasana kecoh sekitar Dataran Merdeka pada malam Tahun Baharu
Laungan slogan melbatkan peserta demo diantaranya ialah ‘guling kan kerajaan zalim’ ‘turun kerajaan’, dan beberapa slogan yang tidak mencerminkan niat asal mereka untuk menggesa menurunkan kos sara hidup.

Ini dilihat berpunca apabila dalang mereka turun ke padang bersama-sama sehingga menyebabkan mereka berani bertindak biadap termasuk tidak menghormati Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang meminta pihak terbabit menghormati penonton konsert yang ingin menyambut Tahun Baharu seperti biasa.

Sebaliknya, dengan tindakan kekerasan yang berlaku semalam menjadikan sambutan Ambang Tahun Baharu tidak seperti biasa tanpa percikan bunga api dan dentingan 12 kali jam di Bangunan Sultan Abdul Samad seperti tahun-tahun sebelum ini. 


Shamsul Iskandar pun ada
Dalam masa sama, ada ibu bapa terus memperjudkan nasib anak-anak yang masih mentah dengan membawa mereka ke perhimpunan yang boleh mempengaruhi pemikiran untuk menentang kerajaan apabila dewasa.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!