#KalimahAllah, REPOT POLIS DIBUAT PEMUDA UMNO PUTRAJAYA DEMI PERTAHANKAN AGAMA & TITAH SULTAN
Tak sangka, pembuka lembaran bagi tahun baru 2014 dicalarkan sekali lagi. Sejurus selesai Himpunan TURUN (GULING KERAJAAN) di Dataran Merdeka, kini disambung pula dengan kes berkaitan dengan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini, iaitu KEGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' OLEH SEBUAH GEREJA KATOLIK DI SELANGOR (NEGERI YANG DITADBIR OLEH PEMBANGKANG). Saya percaya, mungkin kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu bekerja keras sehingga tidak sempat untuk 'menjenguk' isu ini. Sangat menyedihkan. Biarlah 'duit' yang tolong jawab soalan mereka ketika di Barzakh nanti. Alhamdulillah, repot Polis telah pun dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya semalam yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faisal, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Nasru Syazwan dan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Azmir. Repot Polis telah dibuat atas nama Ustaz Amir sebagai pengadu, dan butiran repot adalah seperti berikut:
Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakanBahasa Melayu.
Tahniah saya ucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO kerana melakukan tindakan awal sebelum merebak. Kalimah suci wajib dijaga. Jangan hanya tahu menuding jari sahaja macam pembangkang.
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!