MY PORTFOLIO

Sunday, January 5, 2014

[PART I] #TanyaIbdil @ibdil: SILA UNDUR DIRI, DIUNDURKAN KAMI ATAU MAHU KAMI UNDUR?


SELAKU PEJUANG MAYA PRO-BN, SECARA PERIBADINYA SAYA MOHON AGAR IBDILLAH ISHAK UNDUR DIRI SEBELUM DIUNDURKAN. JANGANLAH SEHINGGA IMEJ PERGERAKAN PEMUDA UMNO KOTOR DISEBABKAN ANDA.


Pertama sekali, sila tonton video dibawah di masa yang saya nyatakan sahaja. Kemudian, banding dan fikir balik, ADAKAH IBDIL LAYAK MENJADI PEMIMPIN?


DURASI 02:50 : IBDIL MAHU MENGURANGKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL/BARU SEBANYAK 50% DAN MAHU MELAKSANAKAN BUDAYA Lifestyle.

DURASI 00:47 : "TAKKAN KERJA KITA (pejuang media maya) HARI-HARI NAK MEMBIDAS PEMBANGKANG, DAH TAK ADA KERJA LAIN KER?" - Ibdillah Ishak

Patutkah seorang ketua berkata begitu? Sudah tentu jawapannya TIDAK!!

Sepatutnya Ibdil perlu lebih memberi penekanan dan fokus dalam biro yang diketuainya sekarang. Mungkin dia rasa gah dengan kejayaannya mendapat tempat sebagai Exco PPUM dan masih lagi merasai bahang tersebut. Dia patut sedar bahawa tanggungjawabnya itu bukan perkara remeh-temeh, kerana media baru berperanan besar dalam jatuh bangun parti UMNO di zaman sekarang. 

Ibdil patut sedar diri bahawa, LANTIKANNYA ADALAH SECARA TERPAKSA ATAS DASAR HIERARKI PARTI. Jika bukan selain daripada Exco layak mempengerusikan Biro, sudah tentu ramai yang 'hantar borang'. Malang baginya, kerana biro-biro lain sudah diketuai oleh oleh Exco yang lebih layak/berpengalaman.

Jadi, memang benarlah dengan apa yang diterangkan oleh wartawan professional, Mazidul Akmal Sidek di laman blogya BERSAMA MAZIDUL

Jelas menunjukkan bahawa Pengerusi Biro Media Baru PPUM, Ibdillah ishak telah:
MENYIMPANG DARI DASAR PERJUANGAN PARTI & GAGAL MELAKSANAKAN MISI YAB PERDANA MENTERI SUPAYA BARISAN NASIONAL MENGUASAI 'PERPERANGAN' DI ALAM MAYA (Media Baru).

Petikan dari blog Bersama Mazidul:

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR 
secara jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan penggunaan media sosial di kalangan ahli UMNO antaranya untuk menyampaikan risalah UMNO, mempertahankan dasar parti dan kerajaan di samping menangkis tohmahan pembangkang. 
Manakala Pengerusi Biro Baru, BMB UMNO, Ibdilillah Ishak pula bersungguh-sungguh ingin pengendali laman sosial pro-kerajaan mengurangkan berpolitik di laman sosial ke kadar 50%.

Jelas, misi Perdana Menteri berhubung penggunaan media sosial bercanggah dengan hasrat Ibdilillah. Biarpun ramai pengendali blog menyuarakan bangkangan mereka, Ibdilillah terus membisu dan gagal menampilkan ketokohannya sebagai Pengerusi BMB UMNO. 
Saya perhatikan, majoriti pengendali blog pro-kerajaan sentiasa menukilkan pandangan hampir setiap hari. Mereka berusaha menghuraikan fakta kepada pembaca mengenai pelbagai salah tanggap mengenai kerajaan di entri blog. 
SETERUSNYA


JENG JENG JENG........... BERSAMBUNG DI PART II

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!