MY PORTFOLIO

Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370: AKHIRNYA...SEBUAH PESAWAT DIPERCAYAI #MH370 DAPAT DIKESAN!! INI BUKAN TEORI!!


DIKEMASKINI PADA 9:38AM

Saya ada mendapat maklumat dari Twitter yang mendakwa bahawa kemungkinan pesawat MH370 kini berada di kedudukan koordinat (8.69533,106.590416). Pada asalnya saya langsung tidak percaya, untuk kepastian, saya putuskan untuk 'search' koordinat tersebut menggunakan Google Map.


Ternyata ianya wujud! Dari pandangan satelit, akan nampak sebuah pesawat dipercayai MH370 yang kelihatan seperti baru membuat pendaratan kecemasan, kerana terdapat bekas hakisan [klik SINIuntuk ke Maps. Tapi, ingat...  kesahihannya belum pasti.

Dipetik dari blog Dhanyaram:
Found on Google Map. Go to Google Map and type 8.695133,106.590416 . Make sure you switch your Google Map to Earth mode. This is what you will find.



This image taken from Google Map. In an island ,southern Vietnam. Can it be MH370 that we all are looking for? Please share this article and get the relevant authority to check on this. I am not sure about this but can it be just a coincident?
::update 3.10am ::Was informed by a friend that is just a coincident since Google Maps doesn't update their map daily. Just one of the plane was there when the satellite took image.
::update 3.43am ::The image believe to be old. Captured 3 years ago. It was just another coincident. Lets continue to pray for MH370
*********************************



Berkait dengan entri saya sebelum ini:


Untuk lain-lain, sila [Klik SINI]



TEORI KEHILANGAN PESAWAT MH370 
Pelbagai teori dan pelbagai spekulasi mengenai pesawat MH370 ini. Anda dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan mengkaji sebaiknya berita yang disebarkan., terutamanya dari media sosial. Pastikan berita yang disebarkan itu datang dari sumber yang dipercayai.
Berikut adalah antara teori-teori yang dikaitkan dengan 'Misteri Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines MH370' sejak sabtu lepas. 
Masalah teknikalPesawat MH370 mungkin mengalami masalah teknikal pada enjin yang kemudian melemahkan seluruh sistem pesawat sebelum menyebabkannya terhempas. Kemungkinan besar pesawat itu menjunam ke laut dan sehingga kini belum dikesan pasukan penyelamat. Antara masalah teknikal pada enjin yang boleh mengundang malapetaka ialah pesawat kehabisan minyak atau kehilangan kuasa enjin dan tujahan semasa terbang.
KebakaranPesawat kemungkinan mengalami kebakaran yang boleh berpunca daripada enjin atau dari dalam kabin. Kebakaran dari dalam kabin mungkin boleh berpunca daripada litar pintas atau peralatan elektronik dalam pesawat. Pesawat juga boleh berdepan dengan gangguan telekomunikasi jika penumpang menggunakan gajet-gajet elektronik yang dibawa bersama semasa penerbangan. Semua gangguan itu boleh mengundang malapetaka.
Cuaca burukFaktor ribut dan kilat boleh menjadi salah satu punca pesawat MH370 ditimpa kemalangan. Sistem pada pesawat boleh terganggu sekiranya berlaku bencana seperti ribut yang menyebabkan hilangnya imbangan sebelum pesawat kemudian terhempas.
Tersasar penerbanganJuruterbang mungkin tersasar daripada mengikuti radar semasa penerbangan hingga menyebabkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan. Juruterbang berkemungkinan tidak kembali kepada panduan penerbangan yang diberi oleh menara kawalan atau tidak kembali kepada sistem pengesanan global (GPS) yang terdapat pada pesawat hingga memungkinkan ia terhempas.
RampasanPesawat mungkin dirampas oleh pihak pengganas yang kemudian telah meletupkannya. Pengganas biasanya akan membuat sesuatu tuntutan jika mereka merampas pesawat dan tidak melakukan perkara itu jika tiada tujuan.

Untuk pengetahuan, teori-teori diatas semuanya sudah dapat ada jawapannya tersendiri. Jom kita baca:


JAWAPAN BAGI TEORI-TEORI KEHILANGAN PESAWAT MH370
  • Kali terakhir pesawat itu dikesan adalah pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.
  • Selain 38 warganegara Malaysia, lebih 150 warganegara China selain warganegara Indonesia, Australia, India, Perancis, Amerika Syarikat, New Zealand, Ukraine, Kanada, Itali, Belanda, Rusia dan Austria turut menaiki pesawat itu.
  • Kapal terbang tersebut dikemudikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman terbang selama selama 18,365 jam dengan dibantu oleh Fariq Ab. Hamid
  • Cuaca dilaporkan baik ketika kejadian kehilangan dan juruterbang tidak pernah menghantar isyarat kecemasan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut menyatakan, syarikat itu menolak kemungkinan bahawa pesawat tersebut kehabisan bahan bakar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana ia memiliki kapasiti mencukupi untuk terbang sehingga pukul 8.30 pagi.
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mengumumkan penubuhan pusat koordinasi bagi menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu dengan diketuai Jabatan Penerbangan Awam.
  • Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan dengan disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selain mendapat bantuan daripada Vietnam, Singapura, China dan Amerika Syarikat.
  • Beberapa laporan dalam laman sosial yang memetik laporan agensi berita asing turut mendakwa pesawat ditemui di Vietnam namun pihak berkuasa negara itu menafikan perkara itu.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengesahkan untuk memperluaskan kawasan mencari pesawat MH370 dengan menambah bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.Dalam pada itu, suasana hiba menyelubungi KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing apabila saudara-mara penumpang MH370 tiba di kedua-dua lapangan terbang itu untuk menunggu berita terkini mengenai kejadian misteri tersebut. 

Namun, ada juga pihak yang mengesahkan bahawa pesawat itu terhempas? Takkan setiap pesawat yang 'hilang' itu akan berakhir dengan tragedi buruk seperti itu kan? Kalau benar terhempas, mana bangkai pesawat?



Hakikatnya, pakar penerbangan sendiri telah 'mati akal' dengan misteri ini. Disebabkan dia tidak langsung menerima apa-apa respon atau panggilan kecemasan oleh krew MH370 itu walaupun ada spekulasi mengatakan bahawa pesawat itu telah dibom.


"LUAR BIASA TIADA PANGGILAN KECEMASAN, KECUALI ADA BOM DALAM KAPAL" - PAKAR PENERBANGAN 
Sepanjang hari ini sahaja, ramai pakar dalam bidang penerbangan memberikan pendapat masing-masing mengenai insiden pesawat MH370 yang hilang tanpa sebarang petunjuk.
Namun pendapat dari seorang pakar penerbangan, David Learmount telah mengejutkan ramai pihak apabila menimbulkan spekulasi "bom" sebagai punca insiden tersebut. Menurut Learmount:
"Luar biasa apabila juruterbang gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu. Kecuali terdapat bom di dalam kapal tetapi bukti itu tiada. '
Namun begitu, Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada pesawat Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
Pesawat itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat, katanya.
Learmount berkata: "Ini adalah perbandingan sejarah dan boleh menjadi satu kebetulan."
"Kejadian ini juga berlaku pada waktu awal pagi, selepas waktu tengah malam, dan juga telah hilang tanpa sebarang panggilan daripada juruterbang."
Namun menurutnya lagi: "Pesawat moden dibina dengan cantik dan sangat selamat."
"Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu."
Learmount turut mengaitkan keadaan prestasi juruterbang pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang terhempas.
"Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik - anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang itu dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat. - Sumber

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan slm 1 mlysia ... Pertama skali sy ingin trang dan tekankn bahawa gambar dri imej satellit itu adalah tidak sah dan tidak benar kerana google akan meng'update' data nya yg percuma itu, 3 thun sekali ... Bagaimana gmbar pesawat yg hilang bru seminggu boleh wujud, sedangkn gmbr kwsn perumahan sya, perumahan berkembar 3 tgkat yg terletak di klang, selangor belum wujud sdgkn kerja2 'develope & constuction' juga blum wjud, padahal rumah sy dh siap dibina sepenuhnya pda thun lepas, iaitu awal thun 2013 ... Kerja2 'develope & construct' mengambil masa 2 tahun ... Oleh yg demikian, jika kita ingin @ nak percaya pd mana2 sumber, haruslah kita mengkaji dari segi logik teori & juga fakta yg sahih ...

    Ir. *****

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.

Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.

THANKS!