Dihari kedua misi pencarian, usaha mencari semakin ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kerjasama dengan beberapa negara luar juga turut diadakan. Namun begitu masih gagal untuk mencari Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ilang sejak semalam, walaupun sudah ada petanda baik.
Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:
- Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Datuk Azharuddin Abdul Rahmanberkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat.
- Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Husseinjuga mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
- Laman web akhbarThe Guardianmelaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut.
- Susulan itu,pihak berkuasaterus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.
- Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam,Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
- Biro Penyiasatan Persekutuan(FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
- KawasanAnjung Tinjaudi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.
- Ahli keluargapenumpang MH370 lebih bersedia untuk luahkan perasaan bersama kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
- Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia(TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
- Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China,Li Jiaxiangmelaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.
- Perdana Menteri AustraliaTony Abottberkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
- Perdana MenteriDatuk Seri Najib Tun Razakberkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang komen yang boleh mengguris perasaan pihak lain dan komen yang berunsur provokasi dan yang boleh mencetuskan kontroversi. Terima kasih.
Sebarang kemusykilan emailkan kepada muhamadhafizzudin@gmail.com.
THANKS!