Wednesday, January 16, 2019

MCDONALD'S MALAYSIA TINDAS FRANCAISI SENDIRI: MANA SUARA #PPIM DAN #KPDNKK ??


Dua hari lepas blogger Yuseri Yusoff mendedahkan McDonalds Malaysia telah melanggar Akta Francais 1998 dan melakukan penindasan ke atas pemilik francais mereka.

Selain itu, blogger berkenaan turut mendakwa pihak seperti KPDNHEP dan PPIM tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap McDonalds Malaysia walaupun banyak aduan telah dibuat.

McDonalds Malaysia harus tampil menjawab dakwaan yang timbul bagi menjaga reputasi mereka. 

Petikan daripada blog beliau:

Sebelum itu ingin saya tekankan, ini bukan kempen untuk memboikot McDonalds. 
Pendedahan ini juga bukan berniat untuk memburukkan reputasi McD Malaysia yang memang sudah sedia buruk bagi saya. 

Sisi gelap McD Malaysia harus sampai kepada masyarakat kerana ia membabitkan penindasan, penganiayaan, perkauman dan penipuan yang berlaku diamalkan oleh McD Malaysia. 

Kepada yang malas membaca, jangan khuatir - saya turut hasilkan video dan boleh tonton di bawah artikel ini. 

Sekiranya anda pernah terfikir atau berangan untuk memiliki sebuah outlet McDonalds saya nasihatkan tangguh atau lebih baik batalkan sahaja hasrat itu. Memiliki sebuah outlet McD tidak seindah seperti yang dilihat dari luar outlet mereka. 

Ramai Francaisi kini sedang ditindas, ditekan dan outlet bakal ditamatkan pada bila-bila masa atas pelbagai alasan yang sengaja dicipta oleh McD Malaysia. 

Bercakap tentang Francaisi McD Malaysia, sudah pasti ia melibatkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kerana Francaisi McD terdiri daripada usahawan Melayu, India dan ada Cina..

ARTIKEL PENUH 

Saranan saya,  Pihak McDonalds Malaysia seharusnya tampil menjawab kerana ini dakwaan yang serius.
Jika anda mengikuti blog Double Y, beliau memang dikenali sebagai aktivis yang memperjuangkan hak golongan tertindas.

Beberapa tahun lepas, Dalam isu Cadburry blogger tersebut pernah mempersoalkan tindakan PPIM sehingga ke radio Bernama dalam slot Pengguna @ Bernama.

Selain Cadburry, seingat saya beliau juga turut membantu menyelesaikan isu Kolej Unifield dengan A Famosa Resort dan isu usahawan dengan SME.

Nota: Saya amat mengenali blogger Yuseri Yusoff dengan baik sekali

MY SLIDESHARE UPLOAD