Sunday, February 17, 2013

[VIDEO] : #JDAB2013 Bawa Bas 'Transformers', Beri Kesedaran Tentang Penjagaan Kesihatan!


Skuad JDAB2013 yang mula menjelajah ke seluruh pelusuk negeri dua hari yang lalu turut menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat luar bandar di setiap lokasi yang dikunjungi mereka.


Bukan sahaja membantu lepasan SPM daripada keluarga miskin melanjutkan pengajian mereka, JDAB2013 turut membantu memberi kesedaran tentang betapa pentingnya setiap rakyat menjaga kesihatan mereka. 

Terbaiklah UiTM!

 

#HimpunanAnakKelantan : PERHATIAN!! JOM SAMA-SAMA MERAHKAN #GelombangMerah DI BUKIT JALIL!!

MOHON SEBARKAN!!


Kepada semua anak-anak Kelantan yang tinggal di perantauan dijemput hadir ke 'Himpunan Perdana Anok-Anok Kelantan Diperantauan 2013' yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Dianggarkan seramai 16,000 orang akan datang. Jom penuhkan setiap ruang yang ada disana! Semoga himpunan ini berjalan dengan lancar dan tiada unsur-unsur provokasi yang tidak sepatutnya. PM Datuk Seri Najib Razak juga akan hadir untuk menyampaikan amanat penting. Jangan lepaskan! Pasti ada berita baik tu!! Antara info-info ringkas program adalah seperti dibawah:

HIMPUNAN PERDANA ANOK-ANOK KELATE DIPERANTAUAN 2013

  • TARIKH: Hari ini
  • TEMPAT: Stadium Nasional Bukit Jalil
  • MASA: 12.00 Tgh-6.30 Ptg
  • MOTIF: Supaya dapat merapatkan ukhwah sesama rakyat Kelantan yang tinggal diperantauan terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.
  • AKTIVITI MENARIK: Pertandingan paintball, street soccer, dikir barat, pameran dan sebagainya. Rakyat Kelantan yang hadir juga berpeluang bertemu pemain-pemain The Red Warriors.
  • ARTIS JEMPUTAN: Black Mentor, Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Ain AF, Zizi AF dan Akmal AF.

JOM SAMA-SAMA KITA MERAHKAN LAGI SUASANA  DISANA! 

Saturday, February 16, 2013

#JDAB2013 : JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA UiTM BAGI FREE EDUCATION!!


Prinsip pendemokrasian pendidikan diamalkan kerajaan telah membuka ruang dan peluang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti Orang Asli mendapat akses pendidikan berkualiti, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, prinsip yang berada dekat di hatinya itu tidak bersifat elitis atau terbuka kepada golongan yang berkedudukan tetapi setiap orang di negara ini mesti mendapat peluang berkenaan dan sama rata.

Beliau berkata, pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.


"Mungkin kita (kerajaan) boleh membina jalan, membina jambatan atau sediakan rumah sekalipun. Tetapi tidak ada alat wahana yang lebih berkesan berbanding sekiranya seseorang itu mendapat akses pendidikan berkualiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi dan selanjutnya," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama YAB Perdana Menteri serta pelancaran program Mengubah Destini Orang Asli di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada bumbung yang dapat mengehadkan pencapaian seseorang itu selain keinginan dan kesungguhan untuk berjaya melalui pemupukan semangat serta mengubah sikap, menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam sistem pendidikan oleh kerajaan.

"16,000 anak miskin berada dalam sistem pendidikan UiTM, tidak mungkin mereka dapat menjejak kaki ke insitusi pengajian tinggi jika tidak ada program seperti ini.

"Begitu juga peluang untuk Orang Asli...(menerusi) program ini, sukarelawan perlu turun padang pergi ke kampung Orang Asli, cari anak-anak Orang Asli yang berkebolehan, berpotensi walaupun kelulusan paling minimum, ambillah mereka," katanya.

Artikel penuh di[SINI]

MY SLIDESHARE UPLOAD