Tuesday, January 7, 2014

LAGI KES HINA ISLAM, KENAPA HANYA DI SELANGOR?





Lagi kes berkaitan penghinaan agama Islam. Apa yang menariknya, ianya berlaku di Selangor. Tak habis-habis Selangor. Terimalah hakikat bahawa negeri Selangor semakin teruk sejak pemerintahan PR.




Video ini menceritakan tentang seorang budak yang bernama Benz Ali, iaitu pengasas REPUBLIKKU dimana dia telah:

1.Menghina hadis nabi s.a.w
2.Menghina Islam
3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah
4.Mempersendakan nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri
5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia
6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain
7.Mengangungkan Syiah
8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah


Bagaimana pula sekiranya majlis ilmu dicemari dengan bahan ilmiah yang sesat seperti dibawah? 

 
Sesi Perbentangan dan Dialog
Panel: Benz Ali (Pengasas REPUBLIKKU)
Tajuk: Teologi Kiri - Landasan Gerakan membela Kaum Mustad'afin ((Dr. Abdul Munir Mulkhan)
Tempat: Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Tarikh: 17/11/2013
Anjuran: Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi

 

Islam semakin diancam dan terancam. Tetapi, sedih kerana Jabatan Agama Islam tidak memainkan peranan mereka. Mohon pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan terhadap isu ini.

Monday, January 6, 2014

DEMI KEHANCURAN AGENDA PENDIDIKAN BUMIPUTERA, #UiTM DIFITNAH!!

 

Seperti yang kita tahu, UiTM adalah satu-satunya universiti yang membela 100% nasib bumiputera di negara kita ini. Terdapat poster dari pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya pada sesi pendaftaran akan datang, semua pelajar semester 2 dan keatas akan dikenakan bayaran pendaftaran disebabkan kadar kos perkhidmatan. Walau apa-apa pun, jangan percaya! Pastikan kesahihan daripada pihak atasan dahulu.

KENYATAAN NAIB CANSELOR


Sunday, January 5, 2014

[PART I] #TanyaIbdil @ibdil: SILA UNDUR DIRI, DIUNDURKAN KAMI ATAU MAHU KAMI UNDUR?


SELAKU PEJUANG MAYA PRO-BN, SECARA PERIBADINYA SAYA MOHON AGAR IBDILLAH ISHAK UNDUR DIRI SEBELUM DIUNDURKAN. JANGANLAH SEHINGGA IMEJ PERGERAKAN PEMUDA UMNO KOTOR DISEBABKAN ANDA.


Pertama sekali, sila tonton video dibawah di masa yang saya nyatakan sahaja. Kemudian, banding dan fikir balik, ADAKAH IBDIL LAYAK MENJADI PEMIMPIN?


DURASI 02:50 : IBDIL MAHU MENGURANGKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL/BARU SEBANYAK 50% DAN MAHU MELAKSANAKAN BUDAYA Lifestyle.

DURASI 00:47 : "TAKKAN KERJA KITA (pejuang media maya) HARI-HARI NAK MEMBIDAS PEMBANGKANG, DAH TAK ADA KERJA LAIN KER?" - Ibdillah Ishak

Patutkah seorang ketua berkata begitu? Sudah tentu jawapannya TIDAK!!

Sepatutnya Ibdil perlu lebih memberi penekanan dan fokus dalam biro yang diketuainya sekarang. Mungkin dia rasa gah dengan kejayaannya mendapat tempat sebagai Exco PPUM dan masih lagi merasai bahang tersebut. Dia patut sedar bahawa tanggungjawabnya itu bukan perkara remeh-temeh, kerana media baru berperanan besar dalam jatuh bangun parti UMNO di zaman sekarang. 

Ibdil patut sedar diri bahawa, LANTIKANNYA ADALAH SECARA TERPAKSA ATAS DASAR HIERARKI PARTI. Jika bukan selain daripada Exco layak mempengerusikan Biro, sudah tentu ramai yang 'hantar borang'. Malang baginya, kerana biro-biro lain sudah diketuai oleh oleh Exco yang lebih layak/berpengalaman.

Jadi, memang benarlah dengan apa yang diterangkan oleh wartawan professional, Mazidul Akmal Sidek di laman blogya BERSAMA MAZIDUL

Jelas menunjukkan bahawa Pengerusi Biro Media Baru PPUM, Ibdillah ishak telah:
MENYIMPANG DARI DASAR PERJUANGAN PARTI & GAGAL MELAKSANAKAN MISI YAB PERDANA MENTERI SUPAYA BARISAN NASIONAL MENGUASAI 'PERPERANGAN' DI ALAM MAYA (Media Baru).

Petikan dari blog Bersama Mazidul:

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR 
secara jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan penggunaan media sosial di kalangan ahli UMNO antaranya untuk menyampaikan risalah UMNO, mempertahankan dasar parti dan kerajaan di samping menangkis tohmahan pembangkang. 
Manakala Pengerusi Biro Baru, BMB UMNO, Ibdilillah Ishak pula bersungguh-sungguh ingin pengendali laman sosial pro-kerajaan mengurangkan berpolitik di laman sosial ke kadar 50%.

Jelas, misi Perdana Menteri berhubung penggunaan media sosial bercanggah dengan hasrat Ibdilillah. Biarpun ramai pengendali blog menyuarakan bangkangan mereka, Ibdilillah terus membisu dan gagal menampilkan ketokohannya sebagai Pengerusi BMB UMNO. 
Saya perhatikan, majoriti pengendali blog pro-kerajaan sentiasa menukilkan pandangan hampir setiap hari. Mereka berusaha menghuraikan fakta kepada pembaca mengenai pelbagai salah tanggap mengenai kerajaan di entri blog. 
SETERUSNYA


JENG JENG JENG........... BERSAMBUNG DI PART II

MY SLIDESHARE UPLOAD