Thursday, May 24, 2012

HOT!! Bukti Kerajaan Selangor Tidak Layak Jadi Kerajaan Negeri!!!!


Fakta yang tertera daripada gambar di atas bukan diberikan oleh Khairy Jamaluddin, bukan diberikan oleh Rafizi Ramli sendiri, tetapi oleh ‘tuan tanah’ yang bernama Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu Menteri Besar Selangor yang juga ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Kalau kita hanya menggunakan pertimbangan emosi, rasanya Rafizi dalam perdebatan semalam boleh diangkat menjadi juara kerana dia telah menggunakan platform debat itu untuk menghentam Khairy secukup-cukupnya.

Debat yang pada mulanya memfokuskan isu PTPTN akhirnya bertukar medan untuk mengangkat dirinya, menyentuh ‘peribadi’ Khairy dan seterusnya memetik angka-angka yang ‘menggerunkan’ untuk mengutuk kerajaan pemerintah dan menggunakan angka-angka yang ‘menggembirakan’ untuk mendapatkan sokongan buat diri dan parti yang diwakilinya.

Rasanya tak perlu kita pergi dengan lebih ‘detail’ kerana segala ‘mak nenek’ yang didebatkan semalam boleh diikuti di internet, malah klip video mengenai debat itu sehingga petang ini sudah banyak dimuat naik dan boleh diikuti tanpa halangan.

Cuma memang nak ketawa pun ada juga, di sebalik hujah yang ‘berdegar-degar’ dan janji yang dilaungkan oleh Rafizi dalam debat semalam, ia akhirnya ‘dimatikan’ dengan satu ‘point’ yang cukup mudah dan ringkas oleh Khairy

Ia boleh diikuti dalam klip di bawah, pergi ke 1:22:47….anda akan jumpa apa yang dia katakan itu.

” Jangan cakap pendidikan universiti secara percuma, janji nak beri pendidikan percuma kepada kanak-kanak tadika pun tak dapat dilaksanakan,” katanya sebelum mengakhiri hujahnya.

Menariknya, Rafizi sebelum itu memindahkan ‘dosa’ PTPTN kepada kepada kerajaan persekutuan.

Mungkin dia lebih awal lagi menyedari ‘ketempangan’ hujah yang dia laung-laungkan dalam debat berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional,” katanya.

Baik sebelum artikel ini tamat, kita ulang kembali apa yang pernah dikatakan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Jelas Khalid, pada tahun 2010 saja, Selangor mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam negara selepas Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 22.56 peratus.

Malah, tambahnya dalam tempoh empat tahun memerintah Kerajaan Selangor telah menerima jumlah pelaburan melebihi RM36 billion dan sepanjang tempoh itu juga kerajaan berjaya membuka sebanyak 95,013 peluang pekerjaan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” ujarnya yang dipetik dalam Harakah.net.

Kesimpulannya, kalau dengan jumlah pelaburan lebih 36 billion yang diterima kerajaan Selangor pun, mereka masih belum dapat memberikan pendidikan percuma kepada tadika, rasa-rasanya RELEVAN tak semua hujah-hujah Rafizi malam kelmarin?

Entahlah, kita bukan akauntan…. - MyNewsHub

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive