Friday, June 8, 2012

[VIDEO] : KENYATAAN TPM TENTANG #PTPTN .. APA LAGI NAK SPIN NI @rafiziramli DAN @khalid_ibrahim ??

Terbaik... Memandangkan isu pembekuan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL tengah meletup macam bunga api malam new year sekarang ni.. So, Timbalan Perdana Menteri, DS Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan beliau pada satu sidang media.


Petikan dari laman blog 1 Peluru
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil tindakan menyekat kemudahan pinjaman ke pelajar Universiti Selangor (Unisel) ekoran pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang mahu ia dimansuhkan dan ia hanya bersifat sementara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Sehubungan itu menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara itu bangkit kerana PR pernah menyuarakan pemansuhan PTPTN di mana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khaled Ibrahim mahu pinjaman itu dihapuskan. 
Beliau berkata, tindakan penangguhan sementara itu dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya kerana mahu menyemak semula sama ada Unisel ingin meneruskan pinjaman PTPTN kepada pelajarnya atau sebaliknya.  
Seterusnya ....

PANDANGAN PERIBADI :

Seperti yang semua orang tahu, UNISEL ialah dibawah Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini juga MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pernah memutuskan supaya pemansuhan PTPTN dikuatkuasakan pada universiti itu. Mungkin tak salah kalau akau katakan bahawa inilah masa yang paling sesuai supaya Pakatan Rakyat membuktikan bahawa mereka mampu memberikan pendidikan percuma kepada 'mangsa' yang menuntut ilmu di institut milik mereka.

Aku pelik sebab sebelum ni Pakatan nak sangat PTPTN dimansuhkan, tapi bila pihak PTPTN 'test power' depa, depa dah mula macam kera dalam sangkar dan melompat seperti badut dalam sarkas dengan menuduh pihak kerajaan punca kepada semua ini. Kelihatan saudara Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) ialah manusia paling kecoh dan tidak duduk senang, Ini berkemungkinan besar dia merasakan bahawa ini adalah masa yang paling sesuai untuk menutup kejahilannya tentang fakta PTPTN, terutamanya masa dia kena 'tiau' teruk dengan KJ masa Debat PTPTN hari tu. Aku harap para pemimpin dan penyokong dari dua-dua pihak (Kerajaan dan Pembangkang) dapat menyelesaikan segera isu ini dengan matang. Jangan kerana pentingkan undi, masa depan anak bangsa tunggang-terbalik.

P/S : Wartawan mana yang lebih-lebih tanya kat TPM tu? Sudah-sudahlah mengampu Anwar :P  

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive