Monday, April 1, 2013

TIMBALAN MB KELATE KENA SAMAN RM1 JUTA SEBAB FITNAH ISU TANAH? #BoLaWeii


Tiada apa lagi yang boleh aku cakap. Cuma SATU sahaja. Kepada PAS Kelantan, kalau dah nak KANTOI gadai tanah tu, jangan SPIN isu!! Ini ada detail pasal sidang media yang berlangsung pagi tadi:

TARIKH DAN MASA:
1 April 2013 @ 10 Pagi

TEMPAT: Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.

TUJUAN: Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan bahawa gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat (superimpose) untuk mengelirukan rakyat.

TINDAKAN: Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan terjejas.

Saudara Wan Khairul Ihsan menunjukkan gambar yang dikatakan telah di 'Superimpose' untuk mengelirukan rakyat seperti yang didakwa Timbalan MB Kelantan.
Kenyataan oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad: 
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.  
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kita gunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas. 
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan"

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive