Friday, November 29, 2013

#MahasiswaNasional: INTIPATI PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA!! SEBARKAN!!


Apakah Persidangan Mahasiswa Nasional? Baca dibawah untuk pendekatan yang lebih jelas.

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA


YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN


YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia


Persidangan Mahasiswa Nasional 2013

Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat:

a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;
b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan
c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :

i. Politik
“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”


ii. Ekonomi
“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama
“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan
“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

VIDEO



Seramai LAPAN (8) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:-

i. Politik 
YBhg Datuk Fuad Hassan
(Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA)
YBhg Datuk Zulkifli Nordin
(Mantan Pemimpin Kanan PKR / Peguam)

ii. Ekonomi 
YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali
(Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
YBhg Dr Zubir Harun
(Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM)

iii. Agama 
YBhg Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali
(Presiden JATI)
YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya
(Exco Pemuda UMNO Malaysia)

iv. Pendidikan 
YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar
(Naib Canselor Universiti Teknologi MARA)
YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato’ Haji Dasuki
(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM)


Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:

i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 .

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive