Thursday, February 13, 2014

HOT! PENIAGA MELAYU DI PULAU PINANG DIANCAM DAP!

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dibawah arahan kerajaan DAP sekali lagi bertindak kejam terhadap peniaga Melayu di P.Pinang. Peniaga Melayu yang membuka warung kecil sepanjang Jalan Bertam/Pinang Tunggal kini terpaksa berputih mata apabila punca pendapatan mereka cuba disekat oleh kerajaan negeri.

Seramai 32 gerai di sepanjang jalan itu milik Melayu kini telah digempur sepenuhnya oleh MPSP.Notis arahan pengosongan premis mereka telah diberikan serta merta oleh pegawai yang terlibat.Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng dilihat bertindak zalim keran tidak memberi layanan yang adil kepada peniaga Melayu.

Nasib peniaga Cina di P.Pinang dilihat amat bernasib baik,Pihak kerajaan negeri dilihat seolah-olah menutup sebelah mata kepada mereka.Banyak gerai-gerai haram masyarakat Cina di biarkan beroperasi tanpa dikenakan tindakan.

Beberapa gerai milik komuniti Cina di tengah kawasan bandar sekitar P.Pinang tetap beroperasi walaupun menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas yang teruk.Berbeza pula dengan gerai milik Melayu.Walaupun tidak mengganggu lalu lintas,gerai mereka tetap dikenakan tindakan dan diusir tanpa sebab yang munasabah.

Seorang peniaga yang sempat ditemui,Saudara Jeffry Mohd. Zain, 46,berkata, "Perniagaan kami di sini tidak langsung mengganggu lalu lintas.Pembeli boleh meletakkan kereta mereka di tepi laluan tanpa mengganggu aliran trafik.Mengapa pihak kerajaan DAP melayan kami sebegini'.'

Beliau turut merayu kepada pegawai MPSP yang terlibat agar agar gerai mereka dikekalkan dan tidak diroboh."Berilah peluang kepada kami untuk mencari pendapatan kerana boleh dikatakan kami hanya bergantung kepada perniagaan ini untuk menyara keluarga masing-masing," katanya lagi.

Walaupun mempunyai permit sementara,mereka tetap dihalau dan diarah mengosongkan premis dengan segera.Menurut peniaga-peniaga di sini,mereka terpaksa membayar sebanyak RM15 setiap bulan untuk permohonan permit sementara kerana MPSP tidak mengeluarkan lesen untuk penjaja.

Norazlina Hashim, 44, yang turut berniaga disitu berkata,beliau sedih apabila menerima notis kerana di situlah selama ini dia menjana pendapatan menyara lapan orang anaknya.

"Kalau ada tempat lain diberi sebagai ganti tak apa juga, tapi kami diarah berpindah segera sebab notis arahan berkuat kuasa serta merta" katanya lagi.

Untuk rekod , kerajaan negeri dibawah pimpinan Lim Guan Eng dilihat mempunyai reputasi yang tinggi dalam perobohan dan pengusiran gerai-gerai milik Melayu P.Pinang.Dari mula memerintah sehingga kini,perobohan gerai Melayu sering kali menjadi agenda utama kerajaan negeri.

MPSP telah memberikan tempoh selama seminggu kepada kesemua peniaga di situ untuk berpindah dan mengosongkan premis,Jika mereka ingkar,mereka boleh dikenakan tindakan yang lebih tegas dari pihak MPSP seperti kompaun dan gerai diroboh.

Sumber: UtaraNews


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive