Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan 3 penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), PAS, dan BEBAS.
Penganalisis Politik, Azizul Abdul Hakim telah melontarkan pendapat dan pandangan mengenai situasi dan corak pada PRK kali ini.
Analisis tersebut dilaporkan oleh Warta Daily:
1. Tidak dapat dinafikan sejak 10 tahun kebelakangan ini Pasca PRU 12 dan 13 kita sering menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Parlimen dan Bahagian sama ada atas faktor penyandang "gering" lalu meninggal dunia mahupun akibat pencaturan sendiri yang sebenarnya membazirkan wang rakyat.
2. Kekerapan PRK ini menjadi ujian prestasi berperingkat bagi kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan dalam melaksana dasar, polisi dan khidmat terhadap masyarakat.
3. Pun begitu, pada sudut pandang saya kedua belah pihak masih di takuk lama apabila agenda besar PERUBAHAN masih menjadi retorik dan "degar" politik kosong semata.
- BN dan Pakatan Rakyat masih menurunkan CALON SAKIT dalam PRU 13 dan telah menyebabkan banyak PRK diadakan.
- Parti Politik di Malaysia "tidak makan saman" terhadap signal rakyat.
- Janji semata populis. Perjuangan hak rakyat sekadar modal percuma BN dan Pakatan.
- RAKYAT SUDAH MUAL DENGAN GAYA POLITIK MALAYSIA 2×5
4. Sebab itu kita boleh melihat peratusan rakyat keluar mengundi sangat kurang hanya dalam lingkungan 60% ke bawah. Pengundi luar tidak terkinja-kinja untuk pulang membuang undi kerana sudah mual pengajaran yang pengundi berikan kepada kedua-dua pihak ini masih tidak berkesan.
5. PRK Pengkalan Kubor ianya tidak sepanas PRK lalu. Ia diadakan PRK sekadar melunas tuntutan prosedur demokrasi semata. Jentera BN Kelantan lesu dan tidak berwaja untuk berjuang. Samalah juga dengan jentera PAS yang bergerak secara sendirian setelah dike"pulau"an oleh DAP dan PKR.
6.Oleh itu, analisis ini juga pada latar sederhana yang sesuai dengan kesuraman PRK ini. Seperti sedia maklum, Dun Pengkalan Kubor adalah kawasan BN sejak dulu lagi. Pernah sekali sahaja ia jatuh ke tangan Pembangkang iaitu pada PRU 1999. Dalam PRU 13 lalu, majoriti kemenangan BN di Dun Pengkalan Kubor adalah di bawah 10 %. Makna kata lain, "yang menang tidak jadi arang, yang kalah tidak jadi abu".
7. Kedua belah pihak masih mempunyai harapan untuk menang cuma ia bergantung pada "cuaca politik". Apakah "cuaca politik" sekarang?
8. Sebenarnya rakyat sedang nampak BN masih terkulat-kulat selepas terkena tamparan hebat PRU 13 (tiada sebarang dasar pro-Melayu) diumumkan oleh YAB PM. Tatkala ujian besar MH 370 dan MH 17 memberi beban kepada kerajaan untuk menstrukturkan kembali hala tuju politik masyarakat.
9. Selain itu, rakyat nampak juga Pakatan Rakyat adalah sebuah parti "kronisme", gila kuasa dan "cakap tidak serupa bikin". Kelihatan DAP adalah "Abang Long" dalam Pakatan yang sering memiat telinga PAS. PAS pula seperti "moon" sekejap bulan penuh, bulan setengah, bulan sabit dan terkadang kelam ditelan malam.
10. Inilah "cuaca politik" di Malaysia ketika ini. Dari sini baru boleh kita ukur kelebihan dan potensi kemenangan kesemua calon yanh mewakili parti masing-masing.
11. Pengkalan Kubor adalah kawasan Melayu. BN mempunyai peluang kemenangan dalam PRK ini. Calon BN Mat Razi adalah anak tempatan yang popular di kawasan tersebut. Berbanding calon PAS pula pada kali ini ianya bukan seorang ulama sebaliknya seorang ahli perniagaan. Langkah PAS ini seperti mengiyakan bahawa PAS dikuasai naga erdorgon. Secara semuka "one to one" BN menang.
12. Pun begitu, kita jangan lupa dengan pengacau dalam PRK ini iaitu calon BEBAS. Undi calon BEBAS boleh mengganggu mata calon BN dan PAS pada kali ini.
13. Menurut sumber dalaman, calon Bebas ditaja oleh PAS bagi memecah undi BN. Siapa yang akan mengundi Bebas? Mereka adalah golongan atas pagar yang tampak keadaan cuaca politik yang saya nyatakan tadi.
14. Jangan pandang rendah pada Calon Bebas. Di Kelantan "unpredictable state" pernah membuktikan Calon Bebas memenangi kerusi Parlimen. Politik "orang pantai" tidak sama dengan "politik orang darat" seperti kita semua.
15. Kelesapan PKR dan DAP dalam penamaan calon semalam membuktikan laluan yang diberikan pada PAS adalah petanda begatif hubungan baik antara mereka. Ini adalah kelebihan kepada BN di waktu jeda masa Pakatan sedang berpecah akibat isu politik Selangor.
16. Menurut fakta dari sembang kedai kopi, rakyat Kelantan kurang berpuas hati dengan prestasi YAB MB Ahmad Yaakub yang kelihatan "lembab" dan "malas" jika ingin dibandingkan dengan TGNA.
17. Prestasi Ahmad Yaakub juga akan dihukum oleh pengundi Pengkalan Kubor. Yang menjadi kerisauan BN adalah pengundi luar jika pulang mengundi yang pasti menolak BN.
18. Apa pun, saya menasihatkan agar strategi BN perlu sederhana, UMNO tidak perlu bergerak seperti raksasa di Pengkalan Kubor. Elakkan jurukempen import dari luar Kelantan. Jangan pamerkan kereta mewah ketika kempen berlangsung dan akhir sekali jangan bias dalam memberi liputan media di Pengkalan Kubor.
19. Resmi orang Kelantan tidak suka negeri dipertangankan oleh kuasa luar. Serahkan kepada Tok Pa saja untuk mengepali kempen kali ini bagi pertahan kerusi BN di Pengkalan Kubor.
SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA DUN PENGKALAN KUBOR ADALAH 'KAWASAN BN'.
Berikut adalah 'Gelombang Merah' pada hari penamaan calon semalam (13 September 2014).
Ketara disini, dari sudut sokongan, calon BN punyai harapan cerah untuk menang.
Berbeza dengan PAS yang 'keseorangan' tanpa mendapat sokongan oleh rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PKR & DAP).
Tak perlu ulas panjang, sekarang saya nak tanya....
YANG MANA SATU PILIHAN KALBU?
JAWAPANNYA MUDAH..
PILIH CALON BN!!
No comments:
Post a Comment