Friday, May 8, 2015

MANSUHKAN #GST KAD PRABAYAR!! @SKMM_MCMC JANGAN LEMBIK! TELCO JANGAN DEGIL! @shaberyc


8 MEI 2015 - Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran supaya mewujudkan satu mekanisme baru yang merangkumi aspek penilaian mutu perkhidmatan serta kadar caj yang dikenakan terhadap pengguna oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di Malaysia.

Saranan ini telah dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Patriot Negara (YPN) ekoran tindakan pihak TELCO yang dilihat "ketegaq" dan masih mahu mengenakan cukai GST ke atas kad tambah nilai prabayar (Topup).



Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan yang mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil SKMM kelmarin telah mengetengahkan beberapa isu berbangkit hasil membabitkan syarikat TELCO hasil dari aduan yang dibuat oleh pengguna.

Antara aduan yang diterima adalah:

Pengguna dikenakan kadar caj terhadap pesanan suara (voicemail) sedangkan tidak ramai yang dari pengguna TELCO yang menggunakan perkhidmatan tersebut.



Bagi memastikan hak pengguna/rakyat diadili, pihak kerajaan diminta bertindak tegas bagi memastikan syarikat TELCO tidak terus mengaut keuntungan di atas ketidaksedaran pengguna di Malaysia.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD