Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

[EKSKLUSIF] BENARKAH PILIHANRAYA UMUM KE-14 BAKAL DIADAKAN PADA MAC-JULAI 2017?

Bermacam-macam tarikh, kesimpulan dan spekulasi yang diakaitkan dengan "TARIKH KERAMAT' untuk PILIHANRAYA UMUM KE-14 akan datang. Pejam celik, pejam celik... Sedar-sedar sudah lebih 3 tahun PRU-13 berlalu. Ini bermakna, 'Status' kematangan bagi  sesi parlimen ke-13 ini (sekarang) sudah tiba....

PERSOALANNYA SEKARANG, PRU-14 BILA?
Berdasarkan sumber Dr MiM....
"Perkara ini dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Pembangkang dan dilaporkan dalam portal pro-pembangkang. 
Mereka meramalkan PRU14 akan diadakan pada bulan Mac 2017. Ada juga yang meramalkannya akan diadakan pada bulan Julai 2017 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ada juga yang mengaitkannya dengan tarikh pembebasan Anwar Ibrahim yang sekarang ini bermastautin dalam Penjara Sungai Buloh setelah dihukum penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya."

Rakyat memang sudah bosan dengan Pembangkang dan pembahagian kerusi sesama pembangkang pasti akan menimbulkan satu lagi sandiwara politik murahan pembangkang kelak. Sekarang pun sudah ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan pembangkang akan bertelagah sesama sendiri tentang pembahagian kerusi ini.


PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan 3 penjuru disebabkan parti-parti pembangkang tidak dapat berkompromi sesama mereka. Bukan itu sahaja, Pakatan Harapan malu besar dan ternyata memperbodoh-bodohkan rakyat apabila PKR dan DAP tidak sehaluan dan bertembung sesama sendiri di 6 kawasan DUN pada pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

PKR kalah di 37 kerusi DUN dan parti cauvinis DAP pula kalah di 24 kerusi DUN. Bukan itu sahaja, 10 daripada 40 calon PKR dan 7 daripada calon DAP telah hilang wang deposit mereka.

Manakala, 9 daripada 13 calon parti PAN dan 7 daripada 11 calon PAS juga hilang wang deposit mereka.


Dan dengan wujudnya satu lagi parti baharu PPBM, maka akan bertambah celaru puak pembangkang ini, ditambah dengan sikap tamak haloba parti cauvinis DAP yang tidak sanggup berkorban kerusi DUN untuk PKR hinggakan pilihanraya mengejut negeri Pulau Pinang yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng DAP tidak dapat dilaksanakan.

Sumber juga menjangkakan bahawa pertelingkahan dan perebutan kerusi sesama pembangkang akan berlarutan hingga ke hari penamaan calon PRU-14 nanti.

Dan kepada sesiapa yang masih mahu membuat jangkaan tentang tarikh Pilihanraya Umum ke-14, anda boleh rujuk SINI

**NOTA KAKI

Friday, April 10, 2015

[VIDEO] : SIAPA BUNUH ALTANTUYA?

Baca --> 'TRANSKRIP PENUH SESI SOAL JAWAB PM @NajibRazak BERSAMA @TV3Malaysia - (KLIK)

Sumber Blog BN Masjid Tanah (klik) : 
Betullah kata-kata hikmah dari mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dr. Mahathir, "Melayu Mudah Lupa". Atau pun ada dikalangan kita yang buat-buat lupa...??? 
Mutakhir ini gegak gempita dengan isu yang hangat diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir mengajukan beberapa soalan kepada YAB Datuk Sri Perdana Menteri. Ada yang kata soalan soalan Tun Dr M bersifat soalan panas dan tak kurang juga ada yang menklasifikasikan ianya sebagai soalan soalan CEPUMAS!!! 
Merujuk kepada soalan "Siapa Arah Bunuh Altantuya...???". Maka jawapannya ada dibawah ini, saksikanlah video klip berdurasi 00;01:43 minit ini. Selamat menonton!

TRANSKRIP PENUH SESI SOAL JAWAB PM @NajibRazak BERSAMA @TV3Malaysia


PM tampil menjawab soalan dan kritikan yang dikenakan terhadap beliau oleh 'pihak tertentu'. Memang jelas jawapan yang diberikan oleh beliau. Harap pihak tersebut tidak terus menerus mempertikai dan mengkritik isu bermotifkan politik semata-mata.
TRANSKRIP PENUH SESI SOAL JAWAB
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara, Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.

Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang turut disiarkan menerusi Astro AWANI malam ini.

Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:

MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

----------
SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?

NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.

----

SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?

NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.

Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.
---

SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.

Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?

NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.

Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.

Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.

---
SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.

Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.

Soal GST ini sejak tahun 80-an lagi. Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.

Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan. Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan.

Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent. Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.

Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan. Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua.

Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan. Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.

Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.

Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.

NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu kita ada kuasa.Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.

Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.

SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.

NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal.

Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan. Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.

Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya.

Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.

SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?

NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan. Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat.

Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya. Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?

SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?

NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali. Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.

SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?

NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.

SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.

Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan... melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya. Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.

Sebab itu bila Deloitte sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.

Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.

-----

SOALAN: Ada tempoh masa yang diberi?

NAJIB: Kita tak beri tempoh tapi mereka mesti buat seberapa segera yang boleh. Siasatan yang rapi seberapa segera yang boleh sebab saya nak rakyat tahu sebab saya telah beri jaminan bahawa dalam urusan 1MDB ini, kalau ada salah guna kuasa, maka kita takkan pertahankan sesiapa.

---

SOALAN: Ada juga pihak yang bertanya wang yang dipindah dari Cayman Island ke Singapura tapi tak dibawa balik ke Malaysia. Mengapa Datuk Seri?

NAJIB: Pertamanya duit itu tidak di Cayman Island. Cayman Island ini merupakan pendaftaran saja...Banyak syarikat, ada 200 syarikat Malaysia ada Cayman Island account. Tak ada salahnya ada Cayman Island account. Mereka simpan duit ini di luar sebab mereka ada hutang luar. Daripada mereka bawa balik ke Malaysia elok mereka simpan di luar sebab boleh dapat keuntungan daripada Forex dan sebagainya. Masa akan menentukan tapi dalam masa tertentu duit itu akan dibawa balik ke Malaysia.

 -- 

SOALAN: Jadi tak ada kaitan dengan syarat-syarat Bank Negara untuk dibawa balik wang itu ke Malaysia?

NAJIB: Sistem kita bebas. Apa-apa kita nak buat pun dia dengan pengesahan daripada Bank Negara. Jadi Bank Negara tahu movement of fund dan sebagainya.

 --- 

SOALAN: Adakah Datuk Seri pernah jelaskan perkara 1MDB kepada Tun Mahathir?

NAJIB: Saya secara langsung tidak (ada) sebab dia tak bangkit secara terus dengan saya. Tapi saya tahu Lembaga Pengarah 1MDB dan ketua eksekutif 1MDB ada jumpa dengan beliau terangkan keadaaan.

---

SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?

NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.

---  
SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?

NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.

--- 

SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu. Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan. Perbalahan dan rusuhan.

Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.

Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan. Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.

Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.

---- 


SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?

NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat. Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya. Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.

SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?

 --

NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention. Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif.

Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan. Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.

----


SOALAN: Dalam Datuk Seri menangani isu-isu panas kebelakangan ini, banyak yang menyentuh kerajaan, mengkritik kerajaan dan sebagainya. Bagaimanakah sokongan daripada anggota Kabinet dan juga parti komponen Barisan Nasional dan UMNO sendiri?

NAJIB: Alhamdulillah setakat ini sokongannya sangat baik. Banyak pihak telah membuat kenyataan secara terbuka dari kalangan anggota Kabinet, parti-parti komponen, ketua-ketua bahagian, ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagainya. Yang sebelum tadi, yang petang tadi Wanita UMNO buat kenyataan dan sebagainya. Jadi saya melihat parti ada bersama-sama saya, di belakang saya untuk terus memimpin parti dan negara. Tapi seperti mana yang saya kata, bahawa saya boleh menerima kritikan. Tetapi kesudahannya saya bukan bertanggungjawab kepada mana-mana individu, saya bertanggungjawab untuk rakyat Malaysia dan parti.

---- 


SOALAN: Bagaimana pula dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa sekiranya Datuk Seri terus memimpin negara, UMNO dan Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya umum akan datang.

NAJIB: Itu pendapat peribadi Tun Dr Mahathir. Apa yang kita dalam parti merasakan, bahawa soal kejayaan kepada UMNO dan BN bergantung kepada kekuatan kita. Kekuatan kita hanya akan menjadi suatu kejayaan kalau kita padu dalam parti. Kalau kita padu dan tidak bercanggah sesama kita, tiada unsur-unsur sabotaj dan sebagainya, saya yakin kita boleh menang dalam PRU ke-14 yang akan datang.

--- 

SOALAN: Tapi kritikan-kritikan ini nampaknya berterusan Datuk Seri. Bagaimana Datuk Seri keep on moving forward dengan kritikan-kritikan yang tidak pernah sunyi ini dan mungkin tidak akan berakhir?

NAJIB: Kritikan pada kali ini lebih daripada biasa. Lebih sengit daripada biasa, tapi saya kena terimalah ini asam garam politk yang mana bukan semua keadaan, wujud keadaan yang tenang dan selesa sepanjang masa. Sebaliknya kritikan ini saya terima walaupun pedih. Tetapi pokok pangkalnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Selagi rakyat dan parti memberi mandat kepada saya, meletakkan amanah, saya tetap akan teruskan kepimpinan negara dan parti.

----- 

SOALAN: Ada juga kalangan berpendapat perkara yang dibuat nampak jelas oleh kerajaan ialah dari segi pemberian BRIM. Itu nampak ada kalangan yang berpendapat sebenarnya tidak ada perkara projek-projek lain yang benar-benar bagi manfaat kepada kepada rakyat. Adakah dakwaan ini benar?

NAJIB: Tidak. Kalau kita lihat pencapaian negara kita pertamanya kita mulakan dengan data-data mikro misalnya kalau kita lihat kadar pertumbuhan tahun sudah, kita capai kadar pertumbuhan enam peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kedua, kalau kita lihat dari segi pertambahan kekayaan GNI sejak 2009 sampai 2014 bertambah 47 peratus. Itu merupakan satu kadar peningkatan GNI yang begitu tinggi. Kadar apa nama, kemiskinan misalnya, sekarang ini tahapnya satu peratus sahaja.

Kita telah mewujudkan 1.5 juta pekerjaan misalnya dan kita telah beri peluang untuk ramai pihak mencapai kelulusan dan dah menjadi middle class dan sebagainya dan kalau kita lihat dari segi on the ground dan keadaan sebenarnya, bekalan api, elektrik, jalan asas terutama sekali untuk Sabah dan Sarawak,banyak yang telah kita tunaikan dan program-program yang kita jalankan misalnya di bawah 1Azam, latihan-latihan keusahawanan, bantuan kepada SME (perusahaan kecil dan sederhana) dan sebagainya untuk peniaga-peniaga dan sebagainya.

Banyak yang telah kita lakukan. Ini semua kita telah rakamkan dalam buku-buku, yang telah kita maktubkan dalam risalah-risalah dan sebagainya, dalam surat khabar. Jadi nak kata kita tak buat banyak itu, tidak benar.

Sebenarnya kita dah buat terlalu banyak termasuk projek seperti MRT dan sebagainya. Yang terbaharu saya melancarkan Pan Borneo Highway yang ditunggu-tunggu 50 tahun oleh rakyat Sarawak. Hari ini mula pelaksanaannya.

Jadi kalau kita lihat segala-galanya kita boleh tengok di Malaysia ini memang banyak perubahan dilakukan.

---


SOALAN: Projek perumahan rakyat?

NAJIB: Banyak ya, termasuk projek perumahan rakyat. Semalam saya lancarkan projek perumahan untuk penjawat-penjawat awam. 1,500 penjawat awam akan menerima rumah mampu dimiliki oleh mereka.
Kita dah janji nak buat satu juta rumah mampu dimiliki dalam tempoh lima tahun. Jadi ini semua komitmen kerajaan yang kita sedang laksanakan.

----

SOALAN: Adakah Datuk Seri berpuas hati dengan kerja-kerja untuk membangunkan semula kediaman mangsa-mangsa banjir di Kelantan?

NAJIB: Setakat ini saya fikir banyak yang boleh kita lakukan lagi. Saya tidak begitu puas hati sebenarnya. Saya ingat, saya rasa perlu lagi ditingkatkan.

Saya harap kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri inilah dapat diperkukuhkan lagi terutama sekali nak beri tanah. Sebab tanah di bawah kerajaan negeri. Kalau kita ada tanah, peruntukan kewangan dah bersedia, dan kita boleh serahkan untuk dibina rumah-rumah baharu.

---

SOALAN: Kita dapati tahun ini tahun ke-6 Datuk Seri sebagai PM, apakah agaknya perancangan Datuk Seri seterusnya, the way forward for Malaysia?

NAJIB: Langkah ke hadapan, the way forward kita telah jelaskan dan paparkan kepada rakyat. Sampai kepada tahun 2020 ini kita nak Malaysia menjelma sebagai advanced economy, sebagai negara maju. Dalam pada itu, kita tahu bila kita isytihar Malaysia sebagai negara maju, Insya-Allah, bukan semua rakyat akan merasakan mereka sebahagian daripada ekonomi maju sebab kita gunakan penilaian atau kriteria average income. Ada yang merasakan kedudukan mereka tidak begitu besar perubahannya. Tambah-tambah lagi kalau harga komoditi getah masih pada paras rendah, harga sawit dan sebagainya. Kelompok ini kita perlu lihat bagaimana kita boleh beri tumpuan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Saya akan melihat pada Rancangan Malaysia ke-11, apa yang boleh kita masukkan sebagai program-program tambahan, misalnya latihan kemahiran, latihan teknikal, keusahawanan. Ini kita mesti beri tumpuan sebab boleh beri perubahan besar kepada pendapatan rakyat. Selepas tahun 2020 kita akan lihat semula. Tapi our immediate goal dalam masa terdekat ini, dalam masa lima tahun akan datang semestinya untuk jayakan wawasan negara.

SOALAN: Apakah Datuk Seri berpuas hati dengan langkah yang kita ambil agar idea Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir itu terus kita capai?

NAJIB: Saya yakin kalau kadar pertumbuhan dapat kita pastikan dalam lingkungan lima peratus setahun. Kalau kita lihat dari segi per kapita income, Insya-Allah boleh kita dimartabatkan sebuah negara maju Insya-Allah menjelang 2020. Tetapi saya juga sedar bahawa ini average income. Kita mesti sedar ada kelompok yang mana pendapatan bawah average yang merasakan mungkin kedudukan mereka tidak sebahagian daripada negara maju. Inilah yang mesti kita beri tumpuan, supaya pendapatan kelompok yang bawah 40 peratus average ini mesti kita beri tumpuan yang lebih.

---

SOALAN: Ada juga pihak yang berpendapat kritikan-kritikan yang datang daripada pihak, terutama sekali daripada Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti. Bagaimana Datuk Seri bercadang menangani perkara-perkara ini dalam perjalanan kita menuju Wawasan 2020. Adakah ia memberi kesan kepada Datuk Seri sebagai pemimpin negara?

NAJIB: Saya merasakan bahawa apa yang patut saya lakukan adalah teruskan sikap saya. Maknanya saya terbuka. Setiap kritikan itu saya pertimbang dan saya lihat kalau ada apa-apa kekurangan dalam pentadbiran saya. Saya tak pernah kata bahawa saya tak buat kesilapan. Saya akui bahawa setiap manusia itu bukanlah perfect. Tak ada manusia yang tak buat kesilapan. Jadi maknanya saya bersedia dan serius lakukan penambahbaikan. Tetapi kalaulah saya merasakan bahawa apa yang saya lakukan itu dapat sokongan parti dan rakyat maka saya akan teruskan dasar-dasar saya dan keputusan saya. Sebab pada hakikatnya, penentuan hala tuju negara ini bukanlah ditentukan oleh mana-mana individu, tapi ditentukan rakyat dan parti.

-----

SOALAN: Jadi, kedudukan Datuk Seri sebagai pemimpin parti, ditentukan oleh ahli-ahli parti sendiri?

NAJIB: Ahli parti dan kesudahan pada rakyat. Dia ada dua proses. Maknanya antara pilihan raya, parti akan tentukan. Tetapi waktu pilihan raya, rakyat akan membuat kata putus.

---- 

SOALAN: Saya nak tanya Datuk Seri, bagaimana Datuk Seri membahagikan masa dari segi weightage, wajaran antara hal-hal keluarga, dengan hal-hal negara. Bagaimana Datuk Seri mengimbangi perkara ini?

NAJIB: Setiap individu ada caranya. Tetapi bila sudah jadi Perdana Menteri ini, masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri, orang kata private time itu memang amat terbatas. Tetapi saya cubalah untuk mengimbangi antara kerja-kerja untuk parti, untuk rakyat, untuk kerajaan. Di samping itu kalau ada masa terluang, saya cuba bersama-sama dengan keluarga, dan juga membuat latihan riadah umpamanya, exercise itu mustahak. Dan kewajipan kita kepada Allah kita mesti tunaikan.

----

SOALAN: Pada pandangan Datuk Seri, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perpecahan dan kejatuhan sama ada dari segi parti atau sesuatu kerajaan?

NAJIB: Kalau berlaku sesuatu krisis dalaman parti, kalau ada parti itu berpecah misalnya kepada dua tiga kumpulan dan kita hilang kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan negara dan parti, maka parti akan lemah. Bila parti lemah dari dalam, parti boleh tewas. Saya selalu mengingatkan ahli-ahli parti bahawa tak mungkin parti kalah kerana ancaman asakan dari luar tetapi parti boleh kalah kerana perpecahan dari dalam.

--- 

SOALAN: Bagaimana pula peringkat negara, untuk keseluruhan rakyat Malaysia?

NAJIB: Saya kena hadapi. Zaman sekarang zaman persepsi sebenarnya, bukan realiti. Dengan pengaruh sosial media yang begitu berleluasa hari ini. Zaman Tun Mahathir tak ada sosial media. Zaman sekarang ini sosial media berperanan besar. Jadi inilah satu yang terpaksa kita buat pengubahsuaian dari segi pendekatan supaya menangani persepsi. Persepsi ini jika tidak ditangani boleh menjadi realiti. Inilah mungkin cabaran paling besar bagi saya dan rakan-rakan saya ialah untuk menangani persepsi.

SOALAN: Kita semua tahu bahawa keluarga Datuk Seri, daripada Allayarham Tun Abdul Razak mempunyai perhubungan cukup erat dengan Tun Dr Mahathir. Ini pertalian yang cukup lama. Walaupun dengan kritikan daripada Tun Dr Mahathir, bagaimanakah Datuk Seri melihat Tun Dr Mahathir. Adakah pandangan Datuk Seri sudah berubah? Kalau dulu Datuk Seri melihat beliau seperti seorang bapa, dan Datuk Seri sendiri merupakan anak didik beliau. Adakah pandangan seumpama itu sudah berubah kerana timbul kritikan terbaharu Dr Mahathir.

NAJIB: Saya akan tidak apa-apa dengan kritikan Tun Mahathir. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa, hakikatnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Sama ada hubungan kita ini macam dulu atau tidak, masa akan tentukan. Tapi bagi saya, saya beriltizam untuk menyerahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti. Bukan bererti saya tak hormat mana-mana individu. Tapi itu soal individu. Dari segi hakikatnya saya mesti serahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti.

SOALAN: Apakah hasrat Datuk Seri kepada ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhan supaya kita dapat keluar daripada kemelut ini dan bawa ke tahap lebih baik?

NAJIB: Pada saya kita mesti lihat yang pentingnya apa? Pada saya yang pentingnya the big picture. Yang penting adalah soal masa depan kita, hala tuju kita. Kita jangan benarkan sesuatu isu yang digembar-gemburkan seolah-olah negara kita ini ekonominya sudah hancur, atau pun kita sudah bermasalah sampai tidak boleh ditangani. Itu tidak benar sama sekali. Kita mesti yakin kita menuju hala tuju yang benar dan positif. Dan dalam pada itu kalau ada kelemahan kita perbaiki, kita perbetulkan. Mana-mana kerajaan di dunia pun tak ada yang perfect, mesti ada kelemahan. Zaman Tun Dr Mahathir pun tak perfect juga, zaman saya pun tak perfect. Tetapi kita mesti sedar bahawa kita ini mempunyai sikap yang terbuka, kita betulkan keadaan, supaya hari esok lebih baik daripada hari ini.

------

SOALAN: Apakah harapan Datuk Seri yang seterusnya, sebagai yang terakhir?

NAJIB: Harapan saya rakyat akan terus bersama-sama dengan kerajaan yang ada sekarang ini. Mungkin tak semua, tapi biar sebahagian besar. Sebab kita mewarisi sebuah negara yang mempunyai masa depan yang begitu cerah sekali. Mana-mana luar negara yang saya pergi, mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara contoh, model. Janganlah kita mempolitikkan keadaaan ini terlalu sangat sehinggakan menghancurkan kepentingan negara. Politik tidak boleh mengatasi kepentingan negara.

Kalau semua rakyat sedar, Insya-Allah kita punyai masa depan yang begitu baik sekali. Kita boleh berbeza pendapat, tak jadi masalah, asalkan kita gunakan cara yang baik, cara berhemah, cara penuh bertanggungjawab. Masa depan Malaysia, Insya-Allah tetap terjamin.

Sumber: Astro Awani

Thursday, October 16, 2014

#Permata711Juta: MASYARAKAT BERHAK TAHU KEBENARAN, MEREKA AKAN BERPERSEPSI KALAU TIDAK TAHU!


Benarkah PERMATA yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat bajet sebanyak RM 711 Juta? 

Persoalan pertama yang terdetik dalam fikiran aku adalah:

RM 711 JUTA NI BAJET 'OVERALL' KE? MACAM TAK LOGIK JE....

Bila aku baca dan rujuk balik ARTIKEL FITNAH yang diterbitkan oleh Suara Keadilan (Baca SINI)

SCREEN SHOT ARTIKEL FINAH KEADILAN DAILY

Ada ke orang yang tergamak percaya melulu pada kenyataan seperti itu? Jawapannnya YA. Dalam erti kata mudah, KALAU TAK SENGAL, BUKAN PAKATAN RAKYAT LAH NAMANYA... Hehe
Kenapa saya labelkan orang yang percaya perkara ini sebagai SENGAL?

Kalau ya pun nak tuduh PERMATA terima bajet sebanyak itu, sekurang-kurangnya bagi la BUKTI contohnya seperti salinan ucapan Najib semasa mengumumkan perkara ini ketika membentangkan Bajet 2015 baru-baru ini, ataupun payment voucher.

Tetapi, apa yang dijumpai adalah ini:

Nampak tak pecahan bajet yang disalurkan? So, masih nak kata RM 711 Juta tu seketul untuk PERMATA ke?

Masih ingat atau tidak, tuduhan seperti ini pernah dilemparkan, iaitu isu pertunangan Anak DS Najib yang dikatakan 'over-mewah'.

Rafizi masa heret isu pertunangan anak DS Najib pun tunjuk bukti invoice pun? Bukan sembang guna mulut. Ini setakat sembang guna mulut aku pun boleh.

Aku nak kata PR dapat bajet dari ISRAEL untuk biayai kempen pilihanraya dan demonstrasi jalanan. BOLEH?

Aku juga tertarik dengan hujah Zuraidah Mak Lampir walaupun aku meluat dengan dia. Dia sebut. Adakah PERMATA untuk anak2 orang KAYA?

Ini jawapannya:


Boleh rujuk ke Laman Rasmi PERMATA kalau tak puas hati --> SINI

Rasanya, perincian perjalanan PERMATA ini perlu didedahkan kepada umum secara meluas. 

DEDAH! VIRALKAN! 

RASANYA PERMATA PERLUKAN 'MEDIA TEAM' UNTUK URUSKAN HEBAHAN PROGRAM/AGENDA MEREKA DI MEDIA SOSIAL DAN MEDIUM LAIN SUPAYA RAMAI BOLEH BUKA MATA, TERUTAMANYA PEMBANGKANG.

Masyarakat berhak tahu. Bila mereka tidak tahu, mereka akan berpersepsi.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Laporan polis telah dibuat terhadap fitnah yang dilaporan Keldaian Keadilan Daily.


PEMFITNAH JUGA DICABAR UNTUK BERDEBAT DENGAN PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS PERDANA MENTERI, SDR RIZAL MANSOR TENTANG ISU PERMATA INI.


KALAU BERANI SAHUTLAH CABARAN NI WOI!

Saturday, September 27, 2014

KADIR JASIN MEROYAN LAGI.. CUBA JADI HERO DALAM ISU KRITIKAN TUN M TERHADAP NAJIB!!


Setelah sekian lama tidak meroyan, kini wartawan 'mesin taip buruk', A.Kadir Jasin meroyan kembali. Mungkin sebab 'ubat' meroyan dia dah habis kot?

Terbaru, Kadir mendakwa pemerintahan Najib lebih teruk dari Pak Lah dan mahu menjadi hero dalam terhadap kritikan Tun M kepada Najib.
'Najib lebih teruk dari Pak Lah, tapi tiada tindakan dari Umno' 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menunjukkan prestasi yang lebih teruk daripada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum 2013, tetapi tiada tindakan diambil kerana Umno lemah. 
Dalam membuat analisis tersebut, wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin mendakwa telah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad awal bulan ini di mana bekas perdana menteri itu mengesahkan beliau menghantar surat kepada Najib mengkritik kepimpinan Umno, tetapi telah diminta menariknya balik melalui seorang perantara. 
Dr Mahathir (kanan) berkata, (prestasi) Najib teruk pada tahun 2013 - lebih teruk daripada Abdullah lakukan pada 2008, tulisnya dalam blognya. 
Katanya, Umno menyingkirkan Abdullah tetapi tidak Najib dan Kadir bertanya apakah yang telah dipelajari oleh Umno?Kadir juga bertanya apa yang telah berlaku dengan hasil bedahsiasat mengenainya dan sama ada Umno telah membuat perubahan. 
Katanya, inilah perkara yang pemimpin Umno yang ikhlas perlu menjawab dan menurutnya, bukan setakat berkata mereka menghormati Dr Mahathir dan menyokong PM.Kadir berkata, Abdullah dipaksa meletakkan jawatan oleh Umno, tetapi Umno tidak mendesak Najib supaya meletak jawatan. 
Malaysiakini
Kadir tak payah lah nak jadi hero, kerana sudah terlambat. Ini adalah kerana ketua-ketua bahagian UMNO sudah lebih awal berjumpa dan berbincang dengan PM berhubung isu ini. Tak perlu nak cuba mencari publisiti murahan dan ambil kesempatan untuk mencipta persepsi buruk terhadap Najib.

Siapa Kadir semasa zaman kepimpinan Pak Lah?

Semasa zaman pemerintahan atau zaman kepimpinan Tun Abdullah, kumpulan A.Kadir Jasin telah membuat persepsi buruk keatas kepimpinan beliau dan hingga terbawa bawa kepada kepimpinan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
Kini apabila tiba di zaman kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, A. Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Perdana Menteri pula dan apa yang menggelikan hati ialah, Kadir Jasin mengatakan bahawa kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah lebih baik berbanding dengan Pak Lah. 
Nampak sangat bahawa Kadir Jasin akan sentiasa mencari kesalahan demi kesalahan kepimpinan tertinggi negara dalam usaha untuk mencapai apa yang beliau hajati. - Sangkakalajari9

Apa yang saya lihat, penulisan Kadir persis blogger Tun M ya g kantoi menipu pasal pertemuan DS Ismail Sabri dan Ketua-ketua bahagian UMNO dangan PM. 


Nak kata Pak Lah lebih bagus dari Najib konon, perhatikan sekeliling dahulu sebelum berkata-kata wahai Kadir jasin!

Kita semua tahu bahawa di zaman Najib Razak, pelbagai perubahan telah dilakukan termasuk dari segi ekonomi dan sebagainya dan kita juga tidak lupa dengan segala usaha yang dilakukan oleh beliau.

Tapi dalam masa sama, apabila ada penyangak penyangak macam Kadir Jasin mula mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib, kita juga perlu melihat bahawa beliau mengambil tampuk pemerintahan yang telah sedia bermasaalah berbanding dengan Pak Lah yang mengambil tampuk pemerintahan di zaman wanginya UMNO.

Ini tidak didedahkan oleh Kadir Jasin kerana apa yang penting bagi beliau ialah mencuri peluang yang ada dan sekaligus mempertikai kepimpinan Datuk Seri Najib secara rambang.

Selalu mengatakan bahawa beliaubadalah pemerhati politik, tetapi Kadir Jasin mungkin buta atau membutakan diri beliau dan seterusnya menidakkan pembangunan terutamanya dari sudut ekonomi rakyat.

Adalah menjadi perkara biasa apabila baru sepenggal menjadi pemimpin, banyak keburukan yang perlu ditangani dan dihadapi oleh Perdana Menteri dan jika hanya dengan mengkritik, ianya tidaklah membantu seseorang pemimpin.

P/S: Rasanya menantu Pak Lah (Menteri Stoking Pink) pun tak percaya cakap Kadir... HAHAHA!

Friday, September 19, 2014

121 KETUA BAHAGIAN BOIKOT NAJIB: SATU LAGI FITNAH BLOGGER OUTSYED THE BOX!!

Kecoh mengatakan bahawa blogger OutSyed The Box telah menfitnah melalui artikel bertajuk 121 Ketua Bahagian Boikot Najib : Vote Of No Confience .

Benarkah 121 Ketua Bahagian boikot PM?

Jawapannya TIDAK.

Menurut sumber dalaman, perjumpaan dgn PM itu adalah atas kehendak Ketua-Ketua Bahagian tersebut. Mereka semua nyatakan sokongan kepada PM berkaitan isu dgn Tun M.

Berdasarkan apa yang saya tahu, 170 orang telah hadir (keseluruhan) dan perjumpaan ini dibuat atas permintaan Ketua-Ketua bahagian itu sendiri (Bukan perjumpaan yang dibuat atau mereka dipanggil).

Difahamkan, Syed Akbar dengan sengaja membuang angka 1 daripada 170. Tidakkah itu dinamakan fitnah?

WAJARKAH SUPAYA SYED AKBAR DISAMAN?

Baca apa yang difitnahnya:

Saturday, August 30, 2014

PERUTUSAN #Merdeka57 KHAS OLEH YAB PM @NajibRazak


Teks ucapan perutusan Hari Kebangsaan yang ke-57 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak:

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan.
Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen,… malam ini,… saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini.
Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingnya, termasuklah daripada pihak Raja-Raja Melayu dan istana, para pemimpin politik dan rakyat keseluruhan.
Dalam hal ini, jika dihimbau sejarah silam negara, kita telah dijajah selama empat setengah kurun, bermula daripada kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 hingga kepada pentadbiran Inggeris. Semenjak itulah, penjajah datang silih berganti, mengaut hasil dan menindas masyarakat peribumi, sehingga menyinsingnya fajar kemerdekaan, pada 31 Ogos 1957.
Mengenang sejarah, setiap orang perlu beringat bahawa negara ini berasal sebagai Persekutuan Tanah Melayu. kemudiannya, bergabung dengan Sabah dan Sarawak.
Merujuk episod ini, kita mendengar desas-desus serta suara-suara tidak menyenangkan, yang mempersoal mengapakah tarikh pembentukan Malaysia tidak pula sama dengan tanggal kemerdekaan, kenapa 16 September, sedangkan Semenanjung 31 Ogos?
Dalam perkara ini, kita perlulah mengkaji apakah sebenarnya yang telah diusahakan oleh sebuah Suruhanraya khas yang bertanggungjawab untuk mengadakan pungutan suara terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak dalam proses penubuhan Malaysia ketika itu.
Untuk pengetahuan ramai, kelewatan tarikh tersebut telah berlaku di atas sebab teknikal, kerana, pihak Suruhanjaya Cobbold perlu menunggu pengesahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan majoriti persetujuan melalui referendum sebelum memuktamadkan laporannya. Justeru, tarikh 16 September telah ditetapkan sebagai pembentukan hari Malaysia.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
Bertolak dari situ, tahun ini, kita meraikan sambutan kemerdekaan kali ke-57, sekaligus tahun ke-51 Sabah dan Sarawak bersama-sama kita sebagai sebuah Malaysia. Dirgahayu Malaysia, Dirgahayu Malaysia!
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
Sememangnya lagi, kita bersyukur kerana kebersatuan bersejarah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan itu, telah mengukir jutaan rahmat dan ingin ditegaskan cinta kasih serta tali persaudaraan seluruh rakyat Malaysia bertitik tolak dari Arau Perlis, membawa hingga ke Semporna Sabah dan ke penghujung Ulu Lachau Sarawak, tidak mungkin dapat dipisahkan, bahkan InsyaAllah, akan kekal utuh ibarat rambut bersimpul mati.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
Justeru, sebaik sahaja selesai dan rampungnya Pilihanraya Umum ke-13 tahun lalu, sebagai perlambangan atau simbolis mandat baharu yang Kerajaan terima, tanpa berlengah-lengah lagi saya melantik sejumlah besar Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan pimpinan dari Sabah dan Sarawak sebagai satu penghormatan terhadap sokongan padu saudara dan saudari kita di sana terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Kini lebih setahun telah pun berlalu, keanggotaan para wakil rakyat Sabah dan Sarawak dalam Kerajaan menjadi perhitungan penting, dalam mengorak halatuju selanjutnya Malaysia yang tercinta.
Ini turut saya pertegaskan dalam ucapan-ucapan utama saya sepanjang setahun lebih yang lalu bahawa Kerajaan yang mentadbir pada hari ini mempunyai tanggungjawab cukup besar demi mendahulukan kepentingan rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam yang mewakili lebih 70 peratus rakyat Malaysia menjelang tahun 2020.
Makanya, sekali apapun yang cuba digoyahkan oleh pihak pembangkang, seandai apapun yang mereka ingin mengadu-dombakan, tidak kira tohmahan apa yang dilemparkan, agenda memperkasakan pembelaan rakyat akan tatap dipertahankan.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
Menghimbau lipatan tawarikh pra-merdeka, ramai pihak merasa sangsi akan ehwal kemampuan kita dengan kepelbagaian yang begitu rencam untuk merdeka dan memilih jalan sendiri. Namun ternyata kemajmukan masyarakat ini telah kita jadikan sebagai aset meniti kemakmuran sehinggakan bukan sahaja setakat menerima dan saling wujud antara satu sama lain, hatta meraikannya ke peringkat tertinggi sebagai ramuan kejayaan.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Saturday, July 5, 2014

ISU GELANDANGAN: @tengkuadnanreal AKAN BERSEMUKA DENGAN NGO #SoupKitchen

PM Najib Razak berkata Menteri Wilayah Persekutuan DSTengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) akan mengadakan perbincangan dengan pengendali 'Soup Kitchen' yang memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Perbincangan itu bertujuan mencari penyelesaian bersama yang boleh diterima semua pihak, kata Najib menerusi tweet terkini beliau.

Katanya kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan miskin dan gelandangan serta menghargai peranan yang dilaksanakan sukarelawan seperti pengendali Soup Kitchen ini.

Pada Khamis, Tengku Adnan berkata aktiviti Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi di sekitar 2km radius dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka mencemarkan imej bandar raya, terutamanya dari segi kebersihan.

Bagaimanapun, pengendali Soup Kitchen menyangkal dakwaan itu. - Bernama

Wednesday, June 25, 2014

ROMBAKAN KABINET: DATUK @HishammuddinH2O AKAN KEMBALI MENJADI MENTERI DALAM NEGERI?

Nampaknya PM sudah beri 'signal' mengenai berita rombakan kabinet yang dilaporkan akan dirombak sebelum 1 Ramadhan ini.

Dengar kata, 5 muka baru akan diumumkan. Siapa agaknya? Satu muka sudah 'confirmed', 4 lagi siapa?

Khabar angin kencang mengatakan bahawa MP Teluk Intan merangkap Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan menggantikan hero 'Tragedi MH370', iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin akan kembali menjadi Menteri Dalam Negeri?

Petikan UTUSAN:

PM Bayangkan Rombakan Kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan kemungkinan melakukan rombakan Kabinet ketika beliau berucap merasmikan terminal klia2 di sini hari ini.

Pada akhir ucapan tersebut, Najib berkata, majlis tersebut mungkin program rasmi terakhir buat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Ini mungkin program rasmi Datuk Seri (Hishammuddin) sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," kata Perdana Menteri ketika merasmikan terminal berkenaan.

Sebelum ini, terdengar desas desus akan berlaku rombakan Kabinet tetapi tidak dapat disahkan.

Ia berikutan kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu dan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA tahun lalu yang bersetuju menerima kembali jawatan dalam Kabinet. - UTUSAN ONLINE

Sunday, May 18, 2014

KENAIKAN TARIF @Tenaga_Nasional: BENARKAH BAHAWA @bharianmy CUBA 'BUNUH' PM @NajibRazak?

Berkait entri sebelum ini (SINI)

Saya amat kesal dengann berita yang dilaporkan oleh Berita Harian (BH) kerana telah melaporkan berita yang tidak sahih dan seolah-olah mahu 'membunuh' DS Najib dalam isu kenaikan tarif elektrik yang diumumkan TNB. Saya difahamkan BH telah memutarbelitkan kenyataan DS Najib, dan ini sama sekali telah mencemarkan imej dan kreadibiliti DS Najib sebagai Ketua Kerajaan.

PERSOALAN UTAMA: WAJAR ATAU TIDAK?

*Rujuk FAQ Tarif Elektrik - SINI

FYI, Saya juga turut meluahkan ketidakpuashatian saya berkenaan isu tersebut, dan cuba menerangkan perkara yang sebenar:


BH tidak sepatutnya melaporkan perkara yang sahih seperti itu! Mana professionalisme mereka sebagai syarikat akhbar tersohor dinegara ini Sila bandingkan dengan apa yang dilaporkan UTUSAN (sini). Ini adalah kenyataan sebenar PM.


Saya memuji mereka kerana telah melaporkan perkara yang sebenar, iaitu KENYATAAN DS NAJIB BERKENAAN ISU KENAIKAN TARIF ELEKTRIK ini. 


Memetik entri saya sebelum ini:
Ni la contoh GLC yang pentingkan kepentingan dan keuntungan sendiri tanpa fikirkan 'bala' yang ditanggung oleh pihak lain. Adalah sangat tidak relevan kerana TNB mahu menaikkan taarif elektrik lagi, kerana mereka punyai keuntungan berbillion, bukannya kerugian!! 

Bila rakyat sudah melenting, siapa yang kena jawab? Kerajaan kan? Walhal, Staff TNB yang lain 'mark-up' bonus gila-gila setiap tahun, dan CEO TNB pula hanya goyang kaki menikmati gaji tahunan melebihi RM1.5 juta. 
SILA TUKAR CEO TNB!!  

[...]

DISEBABKAN BERITA ITU, LIHAT SENDIRI.. APAKAH BALA YANG NAJIB TANGGUNG?? SEPATUTNYA BH PERLU LAPORKAN KENYATAAN DARI CEO TNB!!


GAMBAR HIASAN.. HAHAHA

SERANGAN YANG DITERIMA NAJIB NI SIAPA NAK TANGGUNG? SAYA TAK NAMPAK PUN PERMOHONAN MAAF DARI BH DIATAS ARTIKEL TERSEBUT... TETAPI BH TELAH MEMADAM ARTIKEL BERKENAAN!!! INI ADALAH BODOH!!

*Selain itu, boleh juga rujuk --> KJ: TNB jangan fikir untung semata


Antara serangan yang diterima DS Najib



THE TRUTH..


P/S: MORON + MORON = MORRRRRRROOOONNNN

Saturday, May 17, 2014

PM @NajibRazak BENGANG SEBAB TNB TAMAK KERANA NAIKKAN TAARIF ELEKTRIK? SILA TUKAR CEO TNB!!

TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Ni la contoh GLC yang pentingkan kepentingan dan keuntungan sendiri tanpa fikirkan 'bala' yang ditanggung oleh pihak lain. Adalah sangat tidak relevan kerana TNB mahu menaikkan taarif elektrik lagi, kerana mereka punyai keuntungan berbillion, bukannya kerugian!!

Bila rakyat sudah melenting, siapa yang kena jawab? Kerajaan kan? Walhal, Staff TNB yang lain 'mark-up' bonus gila-gila setiap tahun, dan CEO TNB pula hanya goyang kaki menikmati gaji tahunan melebihi RM1.5 juta. 

SILA TUKAR CEO TNB!!



Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mutu perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna ditingkatkan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.

Malah Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang 'kemarahan' rakyat.


Oleh itu, katanya, TNB perlu komited terhadap enam bidang keberhasilan utama yang telah digariskan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) berkenaan iaitu:

* Menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia;
* Melangkaui kepuasan pelanggan;
* Mengurus kos dan operasi secara efisien;
* Meluaskan bisnes baharu;
* Mentransformasi organisasi;
* Memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).


"Apabila naik tarif, saya sendiri yang menerima bahangnya sebagai ketua kerajaan. Sebabnya, tiada siapa suka tarif elektrik naik. Tetapi jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat tetapi realitinya kita tiada pilihan.

"Kalau ambil duit rakyat dan beri kepada TNB, kita tak boleh buat pembangunan untuk rakyat. Sebab itu kalau naikkan tarif, mesti ada justifikasinya. Jika tak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham jatuh, gaji tak boleh naik. Dan demikian, warga kerja TNB mempunyai tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan tarif kalau masih terdapat gangguan sana sini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perhimpunan warga kerja TNB sempena Hari Pekerja 2014 di Kompleks Sukan TNB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Pada majlis itu, beliau melancarkan Pelan Transformasi 1TNB yang antara lain bermatlamat memperluaskan perkhidmatan TNB ke luar negara.

Najib dalam pada itu menerima kad keahlian 1TNB yang seterusnya menjadikan ‘keluarga’ besar TNB kini berjumlah 34,901 orang.

Beliau memberitahu, sebagai kerajaan, sudah pasti apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan bekalan elektrik berada pada tahap terbaik bagi menambah keyakinan rakyat termasuk pelabur asing.

"Kepuasan kepada rakyat, sudah tentu (mendapat) bekalan elektrik kepada isi rumah pada setiap waktu, kepada industri, kalau putus bekalan elektrik ini akan menyebabkan ramai mengalami kerugian besar.

"Pelabur tak akan melabur jika bekalan elektrik tidak bagus. Pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Nak kejar negara maju, mungkin tinggal impian jika tak pastikan asas iaitu bekalan elektrik yang terjamin. Kita mesti lakukan tambah baik," kata Perdana Menteri.

Sementara itu beliau berkata, TNB mampu mencapai ke tahap lebih tinggi dan menjadi 'juara' di peringkat global jika komited terhadap pelan transformasinya.

"Jangan lupa integriti. Tiada makna kalau tiada integriti. Kita akan sentiasa memberi perhatian kepada apa yang perlu menjamin TNB menjadi organisasi yang dapat memenuhi cita-cita korporat, nak jadi pembekal elektrik utama, juara serantau dan juara di peringkat global," tambahnya.

Monday, April 28, 2014

@anwaribrahim KENA SEMBUR OLEH @BarackObama & @NajibRazak ISU HAK ASASI/DEMONSTRASI!!!


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini turut menyentuh hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di negara ini.

Jelas beliau, agenda itu sentiasa menjadi keutamaan beliau dalam mana-mana lawatan dilakukan memandangkan masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

"Saya tidak bertemu dengan Datuk Seri Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya juga tidak bertemu dengan banyak orang lain tetapi ini tidak bermakna saya tidak menitikberatkan (isu hak asasi manusia).

"Apa yang saya telah kongsikan dengan Perdana Menteri Najib adalah prinsip asas sebuah masyarakat yang menghormati perintah undang-undang, kebebasan bersuara, hak untuk membangkang walaupun tidak menyenangkan, kebebasan berhimpun dan rasa hormat terhadap anggota masyarakat yang berbeza agama serta pendirian politik, ini semua adalah ukuran masyarakat yang berjaya pada abad ke-21," katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai Najib di Seri Perdana di sini hari ini.


Obama menjawab soalan seorang wartawan media asing yang bertanya sama ada beliau menitikberatkan atau tidak isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia apabila memutuskan tidak bertemu dengan Anwar.

Sementara itu, menurut Najib, Malaysia adalah antara negara yang terkehadapan dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal Akta Perhimpunan Aman.

Dalam kes liwat melibatkan Anwar, beliau berkata, di sisi undang-undang, semua individu mempunyai hak keadilan yang sama walau sekecil atau sebesar mana kedudukannya, tidak elok untuk saya ulas lebih lanjut kes yang masih berada dalam proses mahkamah," katanya.

Terdahulu, dalam meraikan kehadiran Obama, Najib berkata, Malaysia telah banyak berubah sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada tahun 1966 dan negara majoriti muslim serta pelbagai etnik ini sedang pesat menuju kemodenan.

"48 tahun lalu, seorang Presiden AS telah memijakkan kakinya di tanah Malaysia, ketika itu televisyen adalah hitam putih, kumpulan The Monkees menjuarai carta lagu AS dengan lagu 'Last Train to Clarksville dan filem 'The Sound of Music' memenangi Anugerah Akademi.

"Hari ini, Tuan Presiden, anda tidak melihat pokok-pokok getah sebagaimana Lyndon B. Johnson saksikan tetapi pencakar-pencakar langit yang melambung tinggi, ini adalah petunjuk transformasi yang berlaku di Malaysia," katanya. - UTUSAN


Wednesday, April 23, 2014

APABILA TUN DAIM PERTIKAI NAJIB PANGKU JAWATAN YANG PERNAH DISANDANGNYA DULU...


Saya pelik dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang tidak habis-habis mengkritik cara pentadbiran yang dikepalai DS Najib Razak. Sudah-sudah lah Daim, zaman kamu dah habis. Biarkan Najib dengan caranya sendiri.

Berdasarkan artikel dari MyKMU, Tun Daim menyarankan agar jawatan menteri kewangan yang dipangku oleh DS Najib sekarang dilepaskan kepada orang lain supaya ada tempat mengadu sekiranya Menteri Kewangan buat silap.Baiklah, apa gunanya menteri kewangan ke-2? Rasanya bukan sengaja jawatan itu diadakan bukan? Setidaknya, DS Najib boleh memantau dan memberi sekatan agar menteri kewangan yang dilantik tidak 'menyamun'/membuat suka hati mereka.

Berikut adalah petikannya:
Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin hari ini, menyarankan agar Perdana Menteri tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan bagi menjaga kepentingan usahawan bumiputera dan ekonomi negara. 
Jika Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan, maka kita akan ada tempat mengadu jika Menteri Kewangan buat silap. Sekarang ia dipegang oleh orang yang sama menyebabkan kita tiada lagi tempat mengadu jika ada sesuatu yang kita rasakan tidak kena.”
Selain itu, Tun Daim juga menyarankan dilantik seorang Menteri bagi menjaga kepentingan usahawan Melayu dan ia mestilah mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan. 

“Kita lantik orang yang tiada pengalaman dalam perniagaan untuk membantu usahawan Melayu maka ia akan menyebabkan mereka tidak faham apa yang perlu dilakukan. Akhirnya Menteri bergantung kepada teks ucapan dan polisi pegawai semata-mata.” 
“Kita ada banyak agensi – Uda, Dara, Teraju, Pemandu… tapi apakah pencapaian usahawan bumiputera hari ini?  Selain Syed Mokhtar dan Azman Hashim siapa lagi yang tinggal? Lihat sahaja senarai 40 orang terkaya di Malaysia, berapa Melayu yang ada hari ini?” 
 
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainnuddin: “Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu.” anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA). 
Tun Daim turut menimbulkan persoalan sama ada Kementerian Pembangunan Usahawan perlu diwujudkan semula bagi membolehkan usaha membantu usahawan bumiputera lebih tersusun dan lebih baik. 
Dalam ucapan ringkas itu juga Tun Daim menegaskan beliau bukan anti kerajaan mahu pun UMNO, namun mahu kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan Melayu dengan lebih teliti dan melantik mereka yang berpengalaman mengendalikannya. 
“Memang saya ada mengkritik kerajaan, tapi saya tetap UMNO dan akan terus menyokong UMNO. Saya mengkritik kerana mahukan orang Melayu terus mendapat peluang yang lebih baik.” 
Selanjutnya
Ini adalah kenyataan Tun Daim yang paling buatkan saya tertarik:
"Selain Syed Mokhtar dan Azman Hashim siapa lagi yang tinggal? Lihat sahaja senarai 40 orang terkaya di Malaysia, berapa Melayu yang ada hari ini?”
Baiklah, saya mohon Tun Daim isytiharkan total aset yang dia ada. Saya pelik, kenapa lah nama dia tidak pernah tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia sedangkan satu dunia tahu dia adalah melayu terkaya didunia.

Nak tahu berapa aset beliau? Rujuk link dibawah:
NEXT....
“Memang saya ada mengkritik kerajaan, tapi saya tetap UMNO dan akan terus menyokong UMNO.

Tun Daim memang UMNO, dan akan terus menyokong UMNO. Apa guna kritik kerajaan kalau dengan niat mahu menjatuhkan DS Najib. Dengar khabar, Tun Daim siap 'fund' sekumpulan bloggers untuk menyerang PM.

P/S: Tak payah guna perkataan 'Melayu' untuk tutup kesalahan dan tak payah kritik apa yang dilaksanakan. Biar Najib dengan caranya sendiri...

MY SLIDESHARE UPLOAD