Sebanyak enam bahagian UMNO di negeri ini menyaksikan adik-beradik dan anak-beranak bertanding bagi jawatan utama di dalam bahagian yang sama selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup petang semalam.
Enam bahagian tersebut ialah Pasir Salak, Batu Gajah, Kampar, Parit Buntar, Gopeng dan Taiping
Di Pasir Salak, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian itu manakala anaknya, Dr. Faizal bertanding jawatan Ketua Pemuda bahagian.
Di Batu Gajah pula menyaksikan tiga beranak bertanding jawatan utama di dalam bahagian itu iaitu Datuk Yusoff Kassim (Ketua bahagian) dan dua anaknya, Fadzil Akhma (Naib Ketua bahagian) dan Mohd. Hakim (Ketua Pemuda bahagian).
Situasi sama juga dapat dilihat di Kampar apabila Datuk Mohamed Radzi Manan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala anaknya, Nolee Ashilin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah bertanding jawatan Ketua Wanita bahagian.
Begitu juga di Parit Buntar yang menyaksikan Datuk Jamaludin Abdul Rahim bertanding jawatan Naib Ketua bahagian manakala anaknya, Mua'amar Ghadafi Jamal bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian.
Berbeza pula di Gopeng iaitu Hamizura Osman bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian manakala kakaknya, Datuk Hamidah akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita bahagian.
Hamidah juga turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita di peringkat Pusat.
Di Taiping juga berlaku pertandingan melibatkan adik-beradik iaitu Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian manakala adiknya, Shahril Azmir menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda bahagian.
Ketika mengulas situasi tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti asalkan layak.
Katanya, ahli keluarga bertanding di peringkat cawangan dan bahagian yang sama atau berlainan adalah suatu perkara yang biasa di dalam politik termasuk dalam kalangan parti-parti pembangkang.
"Parti pembangkang lagilah parti anak-beranak sebab dikuasai kaum keluarga di peringkat Pusat, apatah lagi di bahagian dan cawangan," ujarnya. - UTUSAN
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts
Monday, September 23, 2013
Tuesday, April 16, 2013
#PRU13: SENARAI PENUH CALON BN NEGERI PERAK!! #PerakAmanJaya
Pengumuman itu dibuat di Bangunan UMNO Perak di sini kira-kira pukul 10.15 pagi.
Senarai calon berkenaan ialah:
PARLIMEN:
P.54 GERIK - Datuk Hasbullah Osman (berpindah dari DUN Temengor)
P.55 LENGGONG - Datuk Samsul Anuar Nasarah (Penyandang)
P.56 LARUT Datuk Hamzah Zainuddin (Penyandang)
P.57 PARIT BUNTAR - Muammar Ghadafi Jamaludin (baharu)
P.58 BAGAN SERAI - Dr. Nor Azmi Ghazali (baharu)
P.59 BUKIT GANTANG - Datuk Ismail Saffian
P.60 TAIPING - Datuk Tan Lian Hoe (berpindah dari Parlimen Gerik)
P.61 PADANG RENGAS - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Abdul Aziz (penyandang)
P.62 SUNGAI SIPUT - Datuk S.K. Devamany (berpindah dari Parlimen Cameron Highlands)
P.63 TAMBUN - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (penyandang)
P. 64 IPOH TIMOR Kat Wong Mei Yin (baharu)
P.65 IPOH BARAT - Dr. Cheng Wei Yee (baharu)
P.66 BATU GAJAH - Loo Thin Tuck (baharu)
P.67 KUALA KANGSAR - Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad (berpindah dari DUN Bukit Chandan)
P.68 BERUAS - Datuk Chang Ko Youn
P.69 PARIT - Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan (berpindah dari DUN Belanja)
P.70 KAMPAR - Datuk Lee Chee Leong (penyandang)
P.71 GOPENG - Datuk Tan Chin Meng (MCA-BN) (berpindah dari DUN Kepayang)
P.72 TAPAH - Datuk M. Saravanan (penyandang)
P.73 PASIR SALAK - Datuk Tajuddin Abdul Rahman (penyandang)
P.74 LUMUT - Datuk Seri Kong Cho Ha (penyandang)
P.75 BAGAN DATOH - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (penyandang)
P.76 TELUK INTAN - Datuk Mah Siew Keong
P.77 TANJUNG MALIM - Datuk Seri Ong Ka Chuan (penyandang)
DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N.01 PENGKALAN HULU - Aznil Ibrahim (baharu)
N.02 TEMENGOR - Salbiah Mohamed
N.03 KENERING - Datuk Mohd. Tarmizi Idris (penyandang)
N.04 KOTA TAMPAN - Datuk Saarani Mohamad (penyandang)
N.05 SELAMA - Datuk Mohamad Daud Mohd. Yusoff (penyandang)
N.06 KUBU GAJAH - Ahmad Hasbullah Elias (baharu)
N.07 BATU KURAU - Dr. Mohamad Amin Zakaria (baharu)
N.08 TITI SERONG - Abu Bakar Mat Ali (UMNO-BN)
N.09 KUALA KURAU - Mohd. Salleh Mat Disa
N.10 ALOR PONGSU - Datuk Sham Mat Sahat (penyandang)
N.11 GUNONG SEMANGGOL - Zulkarnain Ismail (baharu)
N.12 SELINSING - Sharudin Ahmad (baharu)
N.13 KUALA SEPETANG - Loh Swee Eng (baharu)
N.14 CHANGKAT JERING - Datuk Rosli Husin (berpindah dari DUN Trong)
N.15 TRONG - Dr. Zabri Abd. Wahid (baharu)
N.16 KAMUNTING - Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (penyandang)
N.17 POKOK ASSAM - Datuk Ho Cheng Wang (MCA-BN)
N.18 AULONG - Soo Key Ping (baharu)
N.19 CHENDEROH - Zainun Mat Nor (baharu)
N.20 LUBOK MERBAU - Datuk Siti Salmah Mat Jusak (berpindah dari DUN Chenderoh)
N.21 LINTANG - Datuk Dzulkifli Harun (baharu)
N.22 JALONG - Liew Yew Aw (baharu)
N.23 MANJOI - Mohamad. Ziad Mohamed (penyandang)
N.24 HULU KINTA - Datuk Aminuddin Hanafiah (baharu)
N.25 CANNING - Ceylyn Tay Wei Lung (baharu)
N.26 TEBING TINGGI - Tony Khoo Boon Chuan (berpindah dari DUN Pasir Pinji)
N.27 PASIR PINJI - Datuk Thong Fah Chong
N.28 BERCHAM - Lim Huey Shan (baharu)
N.29 KEPAYANG - Chang Kok Aun (baharu)
N.30 BUNTONG - C. Sivaraj (baharu)
N.31 JELAPANG - S. Mokan (MIC-BN) (baharu)
N.32 MENGLEMBU Loo Gar Yen (baharu)
N.33 TRONOH - Yip Sze Choy (baharu)
N.34 BUKIT CHANDAN - Maslin Sham Razman (baharu)
N. 35 MANONG - Mohamed Kamil Shafie (baharu)
N.36 PENGKALAN BAHARU - Datuk Abdul Manaf Hashim (penyandang)
N.37 PANTAI REMIS - Koh Ser Yun (baharu)
N.38 BELANJA - Mohd. Nizar Zakaria (berpindah dari Parlimen Parit)
N.39 BOTA - Datuk Nasaruddin Hashim (penyandang)
N.40 MALIM NAWAR - Chang Gwo Chyang (baharu)
N.41 KERANJI - Daniel Wa Wai How (baharu)
N.42 TUALANG SEKAH - Nolee Ashilin Mohammad Radzi (penyandang)
N.43 SUNGAI RAPAT - Datuk Hamidah Osman (penyandang)
N.44 SIMPANG PULAI - Datuk Chang Kon You (baharu)
N.45 TEJA - Yew Sau Kham (baharu)
N.46 CHENDERIANG - Datuk Dr. Mah Hang Soon (penyandang)
N.47 AYER KUNING - Datuk Samsudin Abu Hassan (penyandang)
N.48 SUNGAI MANIK - Datuk Zainol Fadzi Paharudin (penyandang)
N.49 KAMPONG GAJAH - Abdullah Fauzi Ahmad Razali (baharu)
N.50 SITIAWAN - Ting Tai Fook (baharu)
N.51 PASIR PANJANG - Rashidi Ibrahim (baharu)
N.52 PANGKOR Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (penyandang)
N.53 RUNGKUP - Datuk Shahrul Zaman Yahya (baharu)
N.54 HUTAN MELINTANG - R. Supramaniam (baharu)
N.55 PASIR BEDAMAR - Datuk Seri Dr. M. Kayveas (berpindah dari Parlimen Taiping)
N.56 CHANGKAT JONG - Mohd. Azhar Jamaluddin (baharu)
N.57 SUNGKAI - Goh Kim Swee (baharu)
N.58 SLIM - Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (penyandang)
N.59 BEHRANG - Datuk Rusnah Kassim (berpindah dari DUN Hulu Kinta)
Sunday, March 10, 2013
Tahniah UMB Perak! Selamat Berjuang! @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @tunfaisal @AzwanBro @Hairul_Own
Petikan dari blog KULAAN NIRING:
Tahniah!!! Ucapan tahniah KN ucapkan kepada negeri Perak dengan tertubuhnya UMB Perak pagi tadi di Ipoh, Perak. Majlis perasmian Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda BN Perak yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang juga merangkap Ketua Pemuda BN Negeri Perak, Khairul Azwan Harun. Majis perasmian turut juga dihadiri oleh Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz di samping Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar yang turut hadir sama dalam majlis ini.
KN dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar secara rasminya telah dilantik menjadi Pengerusi UMB Negeri Perak dengan restu daripada Ketua Pemuda UMNO Perak. Tahniah KN ucapkan kepada Hairul Anwar di atas perlantikan ini. Dengan perlantikan ini KN rasa Hairul Anwar menggalas satu tanggungjawab yang amat besar dan berat kerana menjadi "Jeneral" kepada satu kumpulan tentera maya di bawah institusi Pergerakan Pemuda UMNO.
KN rasa dengan suasana begitu hampirnya PRU13 yang bakal berlangsung bila-bila masa saja hanya menunggu pembubaran Parlimen oleh PM, Datuk Seri Najib kehadiran pasukan tentera maya ini yang juga merupakan sebahagian daripada jentera parti amat diperlukan bagi menguatkan lagi jentera BN negeri Perak dalam menghadapi peperangan yang begitu sengit dan mencabar ini tambahan pula BN Perak telah menghadapi detik-detik hitam dalam PRU12 lepas apabila BN Perak kalah kepada Pakatan Rakyat ketika itu. PRU12 pada tahun 2008 merupakan detik hitam dalam sejarah politik Perak bila BN Perak dikejutkan dengan kekalahan mengejut bila Perak juga ter"jerat"sama dengan Tsunami politik 2008.
Selanjutnya...
Sunday, February 3, 2013
SKANDAL ADUN DAP TERSEBAR!!
Surat seperti di atas telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat berkenaan. Jangan selepas ini UMNO pula dipersalahkan seperti biasa sebagai pihak yang mengedarkan surat berkenaan.
Sumber
http://khairulryezal.blogspot.com/2013/01/surat-skandal-seks-adun-dap-aulong.html?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, March 19, 2012
Memorandum penstrukturan semula industri air Perak
Memorandum mengenai penstrukturan semula industri air negeri Perak akan dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan perkara itu dan memaklumkannya kepada Kementerian Tenaga Hijau dan Air pada 18 Januari lalu untuk tindakan lanjut.
"Perjanjian dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan dimeterai selepas cadangan tersebut diluluskan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Lembaga Air Perak di sini hari ini.
Zambry berkata, penstrukturan semula industri air membuktikan Lembaga Air Perak (LAP) sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. -utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)