Showing posts with label biro ipt umno. Show all posts
Showing posts with label biro ipt umno. Show all posts

Monday, December 2, 2013

#MahasiswaNasional: #PEMANAS BERJAYA SATUKAN IDEOLOGI ANTARA DUA BENUA. @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Pada 19 April 2012, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

AUKU Pindaan 2012

Sejak itu, terdapat sedikit pergerseran dan salah faham oleh Mahasiswa IPT tempatan dan luar negara. Namun ianya dapat diselesaikan:


Mahasiswa IPT tempatan.
  • Sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. 
  • Saban tahun, mereka memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. 
  • Terdapat segelintir mahasiswa IPT Tempatan merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.
Sejarah baru tercipta dan semuanya telah diselesaikan dengan professional...


Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil kerana telah diadakan Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS). Terbukti ianya berkesan dan UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan.



ULASAN LANJUT DARI Blog Tun Faisal:


Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR)
Tiga wakil mahasiswa dibenar sertai bahas 
BERITA HARIAN: 
Buat julung kalinya, tiga wakil mahasiswa akan diberi peluang berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung UMNO, tahun ini. 
Dua wakil akan membahaskan usul berkenaan pada perhimpunan sayap pemuda dan puteri, manakala seorang lagi pada perhimpunan agung.


Dato Razali menjadikan perjuangan sekian lama mahasiswa tempatan suatu kenyataan...

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata perkara itu sudah mendapat persetujuan Setiausaha Agung parti dan Ahli Majlis Tertinggi (MT). 
Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan” Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO. 
Katanya, satu jawatankuasa kecil akan dibentuk pada peringkat biro itu bagi memilih wakil mahasiswa, selain mengkaji usul sesuai dibawa ke perhimpunan agung dan persidangan sayap. 
“Hari ini (semalam), kita menerima 36 usul daripada mahasiswa menerusi Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 2013). Ia membabitkan usul ekonomi, politik, pendidikan dan agama. 
Kaji usul: 
“Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) yang dipertanggungjawabkan itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan (perhimpunan agung, puteri dan pemuda),” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa diberi peluang membahaskan usul ketika perhimpunan agung iaitu wakil kelab UMNO luar negara. 
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, berkata wakil mahasiswa bertindak sebagai ‘suara pelajar’ dengan mengutarakan hasrat dan keinginan golongan terbabit, sekali gus akan dibawa kepada perhatian kerajaan. 
Katanya, mahasiswa terbabit terdiri daripada setiap wakil institut pengajian tinggi awam yang dipilih oleh jawatankuasa pendidikan parti. 
“Tahun ini, kita bawa satu kelainan bagi mendapatkan usul yang mantap dan mapan, bukan saja yang dihujahkan oleh wakil setiap negeri, malah daripada kalangan mahasiswa juga. Bagaimanapun, jumlah sebenar wakil masih belum dapat diputuskan. 
“Kita mahu perhimpunan kali ini menjadi medium tepat untuk setiap lapisan perwakilan menyampaikan hasrat yang mereka inginkan dalam UMNO tanpa mengetepikan golongan pelajar,”.
Lagi berita dan ulasan menarik mengenai Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 semalam:




#MahasiswaNasional: APAKAH KELAINAN YANG BERJAYA DIBAWA? KLIK SINI!! @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini melakar sejarah sendiri apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada tiga mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa. 
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini. 
Seterusnya..

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata seorang akan berbahas pada persidangan Pemuda, seorang lagi pada persidangan Puteri dan seorang lagi pada Perhimpunan Agung UMNO.


Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini dan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada Ahad.

"Malam ini, kita akan putuskan jurucakap dan 'back-up' (mahasiswa) untuk ke persidangan dan perhimpunan itu daripada kalangan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 2013 hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penangguhan PEMANAS 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa dari Kelab UMNO Luar negara diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan sehari itu dihadiri seramai 150 perwakilan mahasiswa dari dalam dan luar negara dan ia diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga Sabtu.

Pada persidangan berkonsepkan ala Parlimen itu, sebanyak 36 usul diluluskan merangkumi 10 usul ekonomi, 10 politik, sembilan agama dan tujuh pendidikan.

Razali berkata semua usul tersebut akan diagihkan kepada jurucakap yang dipilih untuk dibangkitkan semasa persidangan sayap dan Perhimpunan Agung UMNO.

"Wakil (jurucakap) yang bakal dipilih hanya mampu membangkitkan usul itu, bagaimanapun ia terserah kepada perwakilan untuk menerimanya," katanya.

Razali juga berpuas hati dengan perjalanan persidangan PEMANAS 2013 dan tidak menolak kemungkinan ia akan menjadi acara wajib perhimpunan pada masa depan. - SUMBER

VIDEO:

Temuramah Tun Faisal yang dijemput sebagai moderator antara delegasi persidangan dan pakar bidang berkongsi harapan beliau untuk Persidangan Mahasiswa untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini:


Reaksi Pemerhati:



PERHIMPUNAN AGUNG AUMNO 2013 - SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN!!

MY SLIDESHARE UPLOAD