Showing posts with label calon pas. Show all posts
Showing posts with label calon pas. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

#PRKPengkalanKubor: TIADA KELIBAT JENTERA DAP & PKR, BUKTI PAS TIDAK BERTAHLUF HIYASI DALAM PR!

 

Walaupun tempoh hari pengundian PRK Pengkalan Kubor akan berlangsung tidak sampai 48 jam sahaja lagi, namun saya masih tercari-cari akan kelibat pemimpin-pemimpin dan jentera DAP turun membantu PAS 'berperang' pada PRK N01 Pengkalan Kubor ini.

Ternyata PAS hanyalah pencacai kepada rakan sekutu dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak kenang budi, iaitu parti DAP dan PKR.

Mula timbul kehairanan dalam pemikiran saya ini, Tidakkah DAP dan PKR merasa segan dengan jasa PAS membantu mereka berkempen ketika PRK Kajang dan Teluk Intan yang lalu?

MANA DAP?

Apa yang lebih menarik adalah Pemerhati Politik mendakwa bahawa puak-puak ini (DAP & PJR) tidak akan hadir ke Pengkalan Kubor disebabkan mereka tidak punya kepentingan apatah lagi keadaan PAS dalam PRK kali ini benar-benar tenat.

ADAKAH FAKTOR 'BOIKOT' INI ADALAH PUNCA PAS MAHU TAHLUF SIYASI  DIKAJI SEMULA DALAM PAKATAN RAKYAT?
PAS seharusnya sedar bahawa tahluf siyasi yang dicanangkan kepada dunia melibatan PAS , PKR dan DAP sebenarnya hanyalah satu perkataan yang digunakan untuk memancing perhatian umum sahaja.
Hakikatnya tidak pernah berlaku tahaluf siyasi dalam Pakatan Haprak dan ianya amat ketara sekali di Pengkalan Kubor.
Selama ini PAS hanya dipergunakan untuk kepentingan politik DAP dan PKR untuk menampakkan seolah-olah 3 parti tersebut kononnya sehaluan. 
Selain dari itu PAS merupakan parti yang paling terkesan akibat daripada hubungan songsang tersebut sehinggakan kempen mereka di PRK Pengkalan Kubor tidak lekang dengan pembohongan dan fitnah melampau. - BLOG MMI

VIDEO MENARIK.. PAS PLAWOK!!!

Thursday, October 24, 2013

#PRKSgLimau: CALON PAS #N20SungaiLimau 'CILOK' IMEJ ARWAH USTAZ AZIZAN UNTUK RAIH UNDI?

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menolak dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Sambil menafikan sering dibayangi Azizan, Azam yang dikatakan ‘anak didik politik’ kepada bekas Menteri Besar Kedah itu sebaliknya menegaskan bahawa beliau mengamalkan politik mengikut ajaran Islam.

“Saya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama diajar oleh agama untuk berpolitik secara damai.

“Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa, tapi diajar oleh Islam,” katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS menggunakan ‘faktor Azizan’ sebagai modal meraih sokongan pengundi dalam usaha mengekalkan kemenangan Azizan sejak lima penggal lalu di DUN Sungai Limau.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa pengaruh Azizan di DUN Sungai Limau merupakan bonus kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Mengulas lanjut Mohd Azam bagaimanapun berkata, beliau berjanji akan meneruskan amalan politik secara sihat yang dipraktikkan Azizan sejak memenangi kerusi DUN Sungai Limau sejak 1995.

“Sebenarnya legasi berpolitik secara damai telah lama diamalkan PAS, kita tak pernah amalkan cara politik yang melampau.

“Buktinya rakyat mahu memberi peluang untuk PAS mentadbir menggunakan kaedah politik yang bukan sahaja dimulakan oleh Azizan, malah ia diambil oleh seluruh kepimpinan terdahulu,” katanya.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi - AIDC

MY SLIDESHARE UPLOAD